Muflis di hari kiamat adalah individu yang DATANG dengan solat, puasa & zakat TETAPI KERAP mencela, mengutuk orang, makan harta orang lain, menumpahkan darah, memukul lalu DITEBUSNYA melalui amalan kebaikannya hingga habis sebelum mampu menebus seluruhnya, lalu DIBERIKAN DOSA mangsanya dan dilempar kepadanya, dan akhirnya DILEMPARKAN KE DALAM NERAKA..(Hadis Sohih Muslim)
Wahai sahabatku yang disayangi, KURANGKAN MENZALIMI orang lain dan
tambahkan bekalan amalan diri..BIMBANG bekalan kita tidak cukup untuk
MENAMPUNG KEJAHATAN yang kita telah lakukan kepada orang lain. Marilah
sama-sama kita buangkan sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati kita
iaitu sifat suka membuat fitnah, mengumpat, mendedahkan aib , menghina
dan menjatuhkan maruah seseorang. Sayangkanlah segala amal ibadah, amal
soleh dan amal kebaikan yang kita telah lakukan sejak akil baligh hingga
sekarang supaya ianya tidak terhapus begitu saja disebabkan kita
melayan suasana masyarakat yang suka buat fitnah dan mendedahkan aib
seseorang dan kita berada bersama-sama kumpulan tersebut.
Ingatlah ketika kita berada dimahkamah keadilan Allah di hari akhirat nanti, ketika itu tidak ada wang ringgit yang akan digunakan untuk menebus dosa-dosa kita, yang akan kita jadikan cagaran adalah amal ibadah dan amal soleh yang kita kerjakan ketika di dunia. Jika amalan kebaikan dan pahala kita terlalu sedikit bagaimana kita nak tebus dosa-dosa kita yang banyak dan bertambah setiap hari? Oleh itu marilah kita banyakkan beristighfar kepada Allah SWT dan memohon maaf kepada sesiapa saja yang kita telah dedahkan aibnya , mengumpat dan menaburkan fitnah. Hanya inilah saja dapat menyelamatkan diri kita daripada menjadi muflis dihari akhirat nanti.
Sesiapa yang selalu menjadi MANGSA, bersabar dan 'bergembirah'..sampai waktunya, akan datang kepadamu 'dividen' PAHALA PERCUMA dari mereka yang menzalimimu atau sebahagian dosamu akan diserahkan kepada mereka..teruskan amalan KEBAIKANMU, jangan hiraukan sangat celaan mereka yang MEMBENCIMU kerana amalan baikmu.

No comments:
Post a Comment