Wednesday, 27 April 2016

TAK MENGAPALAH... ALLAH LEBIH TAHU



Alhamdulillah untuk setiap dendam yang kau simpan. Untuk setiap kata buruk yang kau ucap di belakang. Untuk setiap hal yang sengaja kau ungkitkan. Barangkali engkau lupa itu semua pahala untuk ku dan Allah maha pembalas. Aku tidak memilih benci, sebaliknya, sayang sentiasa di hati.
Ketika kita berusaha untuk berbaik dengan semua orang, belum tentu kebaikan kita dibalas dengan kebaikan. Boleh jadi ia mungkin dibalas dgn ejekkan. Lebih teruk kdg² fitnah, sinis, kerana mereka cemburu atau mereka sendiri mempunyai sakit yang payah dibuang kecuali taubat. Yakni sakit hati yg dipenuhi hasad.
Ada ketikanya kita perlu untuk merasa sakit demi untuk mendidik diri menghadapi keperitan apabila diri disakiti, dizalimi dan dikhianati.. tiada manusia yang sempurna. Semua yang terjadi, hakikatnya adalah dari Allah jua..segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari Allah..Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya atau sebaliknya..
Allah sedang menguji hati kita. Teruslah tabah, jangan mengalah. Percaya, bahawa suatu masa, Allah akan pulihkan segalanya. Hidup ini, memang sebahagian besarnya penderitaan. Susah payah itu sebenarnya ada ganjaran. Cuma, kita perlu terus bertahan. Jangan terlalu diberatkan, cubalah lapangkan perasaan, serahkan segala ikhtiar kepada Tuhan dan yakinlah kepadaNya

No comments:

Post a Comment