Kehidupan di Dunia hanyalah sementara sahaja, namun yang sementara inilah yang menentukan nasib kita di Akhirat. Kerana itu SABARlah dalam taat dan IKHLASlah dalam amal dan REDHAlah segala ketentuanNYA. Satu cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah ialah dengan bangun mengerjakan ibadah, khususnya sembahyang tahajud atau sembahyang di tengah malam.
Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam menjadi faktor
untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa ‘keberatan’ untuk
berhubung dengan Allah SWT di tengah malam. Namun, pada kesukaran inilah
tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui oleh
hamba-hamba-Nya. Sekalipun sembahyang tahajud sekadar sunat, tetapi
kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi niainya. Firman Allah
SWT dalam surah al-Isra’ : 79 :Maksudnya : “Dan pada sebahagian malam,
lakukanlah solat tahajud (sebagai satu ibadah) tambahan bagimu,
mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke suatu darjat yang terpuji)"
Pada waktu sepertiga malam inilah, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara mahluk dan pencipta-Nya. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyu’ dalam sembahyang akan merasa hubungannya dengan Allah begitu hampir. Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.
Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat ketika orang lain sedang tidur nyenyak. Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung denganAllah ialah pada waktu malam. Sebab itu kurangkanlah tidur dan perbanyakkanlah bersembahyang dan beribadah bagi menambahkan saham atau bekalan di akhirat pada waktu malam hari.

No comments:
Post a Comment