Sunday, 24 April 2016

UJIAN ADALAH NIKMAT


Tenangkanlah hati dan sabar di uji. Hanya mereka yang redho rasai manisnya. Sepahit mana derita sengsara melanda itulah bukti mendapat tarbiyah Allah. Hanya mereka yang kuat dan yakin dengan pertolongan Allah dapat merasakan segala kebaikan yang Allah janjikan. Meskipun ianya dilalui dengan penuh derita dan kepahitan. Ujian itu satu nikmat dari Allah untuk hamba-hamba yang beriman.
Makin banyak ujian diturunkan Allah untuk meningkatkan darjat dan iman kita di sisiNya. Syukur dengan nikmat dan ujian yang di anugerahkan. Hanya orang yang mahu berfikir akan dapat melihat hikmah di sebalik segala ujian yang Allah kurniakan pada kita. Jadikan diri kita salah seorang daripada golongan itu. Nikmat terbaik adalah segala kejadian yang membawa kita semakin dekat kepada Allah, betapapun ia menyakitkan.
Belajar redho dalam mengharungi ujian, cuba menjadi bahagia walau sedang berduka. Kerana kita tahu ada cintaNya di situ bersama ujian yang kita lalui. Moga kesusahan dan kesenangan yang kita lalui tidak berlalu begitu sahaja melainkan mendapat keredhoan dan keberkatan dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiin smile emoticon

No comments:

Post a Comment