Sunday, 3 April 2016

ALLAH TAK JADIKAN SESUATU ITU SAJA2...


Bukan saja2 Allah jodohkan kita dengan suami sekarang..
Bukan saja2 Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan saja2 Allah bagi kita anak ramai atau takde langsung..
Bukan saja2 Allah bagi kita sakit..

Bukan saja2 Allah aturkan kisah silam kita..Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh2 memohon ampun daripadaNya.
Bukan saja2 kita sorang je dapat hidayah..Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain. Cuba audit diri kita. Berapa banyak manusia yang kita berjaya bawak dan dekatkan dirinya dengan Allah?"
Hidup kita Allah yang atur. Suami kita Allah yang punya. Anak2 kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.
Jadi, jika kita kehilangan duit, suami,anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. Dia boleh bagi kita dan Dia boleh ambil balik daripada kita. Namun usah lupa. Allah itu Penyayang. Dia ambil sesuatu daripada kita sebab Dia nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.
Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Insyaa-Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! InsyaAllah kekuatan itu kita akan perolehi.
Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana2. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat2 mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.
Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!
Lakukanlah! Dan perlahan2, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang Dia ambil dari kita tapi berbeza2 bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu. Insyaa-Allah..
Allah tak jadikan sesuatu itu saja2~

No comments:

Post a Comment