Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana takutkan dosa tersebut akan terkesan ke atas jawatan yang dipeganginya atau takutkan bakal dibuang kerja.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu
adalah kerana ingin menjaga kesihatan dan kekuatan badannya,seperti
seseorang yang meninggalkan perlakuan zina kerana takutkan penyakit yang
bakal menimpanya nanti,atau takutkan yang ianya bakal melemahkan
badanya atau kejantananya.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan perbuatan mencuri kerana dia tidak mempunyai alatan-alatan memecah rumah,atau kerana tiada kemahiran membuka peti besi atau kerana takutkan pengawal dan polis.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan meminum arak dan menghisap benda-benda yang mendatangkan gian kerana ketiadaan duit.
Begitulah juga tidak dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa adalah kerana tidak mampu untuk melakukan perkara dosa tersebut,seperti meninggalkan bercakap bohong kerana mendapat sakit di mulut yang menyebabkanya tidak boleh bercakap,atau penzina yang meninggalkan zina kerana tidak mampu lagi untuk melakukan hubungan seks.
Hendaklah meninggalkan dosa-dosa tersebut berniat kerana Allah taala dan bukanlah demi perkara lain,seperti meninggalkan sesuatu dosa kerana tiada lagi kemampuan untuk melakukan dosa tersebut,atau kerana takutkan cercaan manusia kepadanya atau kerana ingin memuaskan hati manusia lainya.
Orang yang benar-benar mau bertaubat, harus memenuhi syarat taubat:
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus memiliki tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah.

No comments:
Post a Comment