Wednesday, 27 April 2016

"BERKAWAN" KITA YANG PERLU PILIH


Pernah tak kau lalui moment bila kau selalu sangat buat orang ketawa lastly kau jadi pendiam sebab dah penat jaga hati. Kadang-kadang rasa dah buat yang terbaik, tapi masih di anggap kurang di mata orang lain. Yang lebih sakit bila kita dah berusaha menjaga hati orang tu tapi dia langsung tak hargai. Dan paling menyedihkan, orang yang selalu kita gembirakan membuat kita bersedih untuk selamanya.
Puas kita mencuba untuk bertahan, namun kadangkala hati ini rapuh jua. Puas menahan dari mengalir, tapi airmata ini tetap juga gugur ke pipi.. Kuatlah wahai HATI, tabahlah wahai JIWA.. Jangan biarkan orang lain tahu yang kau sebenarnya lemah.. Kita hanya mampu bercakap dalam hati "Buatlah apa yang kau suka, kalau aku cakap kang ada yang tak puas hati, siapalah aku nak di bandingkan dengan kau". Hmmm..sampai bila nak mengalah nak jaga hati dia?.
Dah malas nak jaga perasaan orang sebab orang tak reti jaga perasaan kita. Tapi Nabi saw pesan jangan sakitkan hati orang jika tak mahu orang sakitkan hati kita. So keep calm and be strong!. Mungkin membuat haluan sendiri ada hikmah yang kita tidak tahu, dan ada kebaikan bagi kedua-dua belah pihak. Berkawan dan berkenal bertahun bukan bermakna akan tetap kekal selamanya. "Berkawan" kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

No comments:

Post a Comment