Cari masa dalam sehari untuk MENANGIS menyesali segala dosa, takutkan Allah dan nerakaNya. Dan kurangkan lah KETAWA, atau jika boleh, tak payah ketawa langsung lagi baik. Cukup dengan sekadar senyum dan tersengih seperti yang diteladankan oleh Rasulullah S.a.w.
Nabi S.a.w bersabda yang maksudnya; "Tiap mata pasti akan menangis pada
hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan
mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang
mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan
Allah." [Hadits Riwayat Abu Naim]
"Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah S.w.t selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah S.w.t dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah S.w.t dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah." [Hadits riwayat at-Tirmidzi]
Sikap banyak menangis (kerana takutkan ALLAH) ialah sikap orang yang betul-betul BERIMAN dan BERTAQWA, sedangkan sikap BANYAK KETAWA ialah sikap orang-orang MUNAFIQ. Seperti yang pernah ditempelak oleh Allah S.w.t tentang tentera-tentera munafiq ketika Perang Uhud. "Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak." [Surah at-Taubah : Ayat 82]
Pernah suatu ketika, Rasulullah S.a.w berjalan melalui sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa." [Hadits Riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah]

No comments:
Post a Comment