Ada orang yang baru 1 jam tidur tapi boleh bangun tahajud tetapi ada orang yang sudah tidur lapan jam tidak mampu bangun tahajud. Itulah daya TAQWA atau daya FASIK dari Allah. Allah berfirman dalam Surah Asy Syams yang bermaksud:-…maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” (As-Syam 91:8-10).
Apabila kita mensucikan jiwa, maka Allah memberikan kita DAYA TAQWA yang mendorong kita ke arah kebaikan dan taqwa. Baca Al-Qur’an jadi mudah, bangun tahajjud jadi mudah, berdakwah dengan rela hati, Ikhlas hidup hanya untuk Allah. Tanpa DAYA TAQWA ini kita tak akan mampu melakukan ketaqwaan. Firman Allah yang bermaksud: …dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-Lah yang melempar” (QS. Al-Anfaal; 17)
” Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”(An Nuur 24 : 21)..
Allah YANG Mengerakkan kita semuanya. Setiap gerak geri kita seperti digerakkanNya alam semesta ini. Kita hanya bersandar kepada gerakNya, kehendakNya. Justeru berbuat taqwa jadi mudah bila Allah yang menggerakkan kita dengan daya TAQWA yang sungguh kuat. Daya inilah yang menggerakkan Tsunami, daya inilah yang membelah laut Merah menyelamatkan pengikut Nabi Musa a.s dan menenggelamkan tentera Firaun. DAYA inilah yang kita CARI.
Daya ini kita perolehi bila kita MENSUCIKAN JIWA. Bagaimana? Dengan INGAT kepadaNya. Lawan Ingat kepada ALLAh adalah LALAI. Justeru setiap waktu kita hanya boleh berada dalam salah satu dari dua keadaan. Keadaan orang yang INGAT atau LALAI kepada Allah. Bila kita INGAT kepada ALLAH, Dia menggerakkan kita dengan daya taqwaNya, justeru kita begitu rajin membaca al-qur’an dan sanggup duduk berzikir dan mudah menghulurkan sedekah atau bantuan. Namun ketika kita LALAI kepada Allah, kita rasa malas nak beribadah, malas nak solat sunat, rasa nak cepat habis berzikir sebab banyak urusan lain nak dilaksanakan. Ketika kita lalai kepada Allah, maka Allah mengirimkan syaitan ke dalam hati kita. Firman Allah:..Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. “(Az Zukhruf 43 : 36-37).. maka kita dilorongkan ke jalan kefasikan di atas pilihan kita sendiri YANG LALAI kepada Allah.
Inilah rahsia sebenarnya. KITA WAJIB BELAJAR BAGAIMANA INGAT KEPADA ALLAH!!!. Kita MESTI INGAT kepada Allah setiap waktu. Hati dan jiwa kita MESTI terhubung denganNya SETIAP MASA. Sekiranya tidak maka kita sedang lalai, itulah sebab bila azan bergema, kita rasa berat untuk solat kerana apabila kita lalai, ada syaitan di hati kita.
Kaedah kita berzikir perlu dievaluasi. Apakah zikir kita mampu menghubungkan jiwa kita kepada Allah. Apakah zikir kita benar-benar menyedari Allah atau sekadar di bibir dan dihati ada perasaan nak cepat habis. Ingat kepada Allah yang sebenarnya akan menghasilkan perasaan bahagia tak tergambarkan. Tidak mahu lepas dari ikatan hubungan seperti sedang berhubung dengan kekasih pasti tak sanggup melepaskannya. Ya Allah, setelah saya faham ilmu ini, saya menyesali hari-hari saya yang berlalu dengan keadaan lalai kepada Allah. Ruginya saya...
Bagaimana kita lalai?
1. Sibuk buat urusan pekerjaan. Walaupun kita ikhlaskan kepada Allah tapi jiwa kita tak terhubung dengan Allah ketika kita melakukan kerja samada di pejabat atau dirumah.
2. Sibuk dengan keluarga, kawan-kawan, tetamu dan sebagainya. Jiwa kita terputus dengan Allah.
3. Sibuk tengok TV terutamanya movie atau sinetron. Ikatan dengan Allah sering terlepas.
Persoalannya, tak bolehkah kita kerja, tak bolehkah kita bersama kawan-kawan dan kerabat? Boleh … tapi ketika kita melakukannya, jiwa kita terhubung dengan Allah. Adakah kita mampu melakukan dua perkara dalam satu masa? Ya boleh, bagaimana? Kena belajar caranya. Saudara saudari pembaca mungkin ada yang tidak faham, jangan risau kerana kefahaman itu ALLAH yang beri. Doalah agar Allah memberi kefahaman.Praktikkan macam ni... Setiap lepas solat subuh, duduklah seperti sedang beriktikaf. Sambungkan jiwa kepada Allah dan PERTAHANKAN KESEDARAN ke ALLAH selama sekurang-kurangnya 30 minit. Lakukan juga selepas solat Isyak.
Berikut adalah latihan langkah demi langkah yang insyaAllah akan membuka hijab demi hijab yang menutup mata hati kita dari memahami petunjuk dan ilmu ALLAH:-
1. Buatlah sesuatu untuk Allah (apa saja projek) di mana saudara dan saudari tak dapat apa-apa pulangan berbentuk material/kebendaan. Belajar hidup dengan IKHLAS sehingga ia menjadi sebati dalam diri. InsyaAllah pintu PETUNJUK Allah akan dibuka.
2. Belajarlah solat dengan betul dan khusyuk.
3. Berpuasalah di bulan Ramadhan dengan betul. Perlu belajar caranya.
4. Keluarkan zakat dan rajin memberi. Allah akan pulangkan dengan ganjaran lebih besar.
5. Sabar atas apa saja perkara yang berlaku.
No comments:
Post a Comment