Wednesday, 27 April 2016

KEBURUKAN PADA YANG MELAKUKAN DOSA


Sesungguhnya Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu taala ada menyatakan beberapa keburukkan pada melakukan dosa didalam kitab beliau : Ad-Daa’u wad Dawaa’u dan juga di dalam : Al-Fawaied :
(1) Haram dari mendapat ilmu yang bermanfaat
(2) Kemurungan dan wujudnya keresahan yang meresahkan didalam hati
(3) Disusahkan urusan didalam kehidupan seharian
(4) Diharamkan dari berlaku taat
(5) Diharamkan mendapat keberkatan
(6) Kurangnya berasa kedamaian
(7) Disempitkan dada
( 8 ) Membiakkan perkara-perkara buruk
(9) Dibiasakan berterusan melakukan dosa
(10) Dihinakan oleh Allah
(11) Dihinakan oleh manusia lain
(12) Dilaknati oleh segala binatang ternakkan
(13) Diberikan kehinaan
(14) Ditandakan titik hitam di atas hati (4)
(15) Diletakkan di bawah kelaknatan
(16) Terhalang dimaqbulkan doa
(17) Dihapuskan rasa kegembiraan
( 18 ) Dihilangkan rasa malu
(19) Ditarik nikmat dari Allah
(20) Sentiasa merasa takut di dalam hatinya
(21) Tergolong di dalam tawanan syaithan
(22) Mati di dalam keadaan yang buruk
(23) Mendapat azab seksa Allah di akhirat.
Ketahuilah wahai saudara dan saudariku sekalian yang menginginkan pengampunan Allah terhadap dosa-dosanya yang terdahulu, bahawa Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang itu akan menghapuskan segala jenis dosa-dosa kalian yang terdahulu andai kalian kembali dan bertaubat kepadaNya,dan diikuti pula taubat kalian itu dengan perasaan penuh penyesalan dengan perbuatan-perbuatan kalian itu.

No comments:

Post a Comment