Saat diri tersungkur, rebah tidak berdaya, mulut barulah terkumat kumit mengingati Allah. Betapa diri ini lalai..dihembus sedikit angin kemewahan, sudah lemas terkapai-kapai. Mencari pelampung yang hanya bila ingat saat diuji. Biarlah kita menangis dalam keadaan dekat kepada Allah, daripada kita ketawa dan gembira yang melupakan Allah.
Wahai hati-hati yang
kekusutan.. wahai hati-hati yang kekeringan.. Kembalilah kepada
pencipta hati itu, kerana Dia lebih mengetahui akan ubatnya. Ingatlah
ayat Allah yang berbunyi, jika kita lupa kepada pencipta kita, maka
Allah akan melupakan diri kita. Andai Allah tidak menjadikan dosa itu
pada hidup manusia nescaya kita tak kan mampu untuk merasa nikmatnya
mengalirkan air mata taubat dan manisnya ketenangan selepas mengadu
dalam sujud illallah...
Kata seorang murabbi..."Untuk kita menjadi kain putih semula ibarat bayi yang baru lahir itu bukanlah suatu yang mudah dan mungkin sangat mustahil..kerana dinding yang dipaku dengan paku-paku karat pun andai dicabut paku-paku itu pastinya kesan atau bekas paku itu akn terus kekal pada dinding itu..walaupun paku karat itu telah tiada.Begitu juga di ibaratkan dengan hati..bekas dosa itu akan sentiasa ada..Namun janganlah bersedih..taubat itu penawar..andai tak mampu untuk menjadi kain putih, jadilah kain batik yang cantik...corakkan contengan-contengan dosa itu menjadi satu corak yang diukir dengan kebaikan dan taubat..Berusahalah untuk menjadi kain batik yang cantik.."
"Allah,sejauh itu KasihMu pada ku...Allah..jadikan aku kuat..kuat menjadi mujahidah walaupun berkali-kali aku tersungkur...luka ini, tak kan membuatkan aku berputus asa untuk berlari daripada dosa dan murkaMu..kerana saat ku melepasi murkaMu atas dosa yang ku lakukan, ku merasa nikmatnya dakapan Cinta dan PengampunanMu. Ku mohon perlindunganMu daripada menjadi hamba yang tidak bersyukur dan berputus asa....Sesungguhnya aku yakin bahawa padaMu jua aku kembali sebagaimana aku datang"
"Aku bertaubat dengan sebenar2 taubat Ya Allah.. KAU saksikanlah agar aku dapat kembali kepadaMU dalam keadaan ENGKAU Redha Ya Allah.."

No comments:
Post a Comment