Manusia bila sedih disini lah tempatnya. Disini lah tempat dia brsujud. Disini lah tempat dia menangis. Disini lah tempat dia memohon. Disini lah tempat dia merayu. Tapi Bila dah senang dia lupa. Kadang2 solat pun dia tak ingat. Mungkin bukan tak ingat tapi buat2 lupa atau tak nak tahu. Bila sudah senang, sejadah pun dah tak kenal, siap simpan dalam almari setahun tak buka. Allahu rabbi, Mohon kita bukanlah dari golongan sebegitu. Ingatlah kita tak selamanya hidup senang dan tak selamanya hidup susah.
Wednesday, 25 May 2016
MOHON KITA BUKAN GOLONGAN SEBEGITU
Manusia bila sedih disini lah tempatnya. Disini lah tempat dia brsujud. Disini lah tempat dia menangis. Disini lah tempat dia memohon. Disini lah tempat dia merayu. Tapi Bila dah senang dia lupa. Kadang2 solat pun dia tak ingat. Mungkin bukan tak ingat tapi buat2 lupa atau tak nak tahu. Bila sudah senang, sejadah pun dah tak kenal, siap simpan dalam almari setahun tak buka. Allahu rabbi, Mohon kita bukanlah dari golongan sebegitu. Ingatlah kita tak selamanya hidup senang dan tak selamanya hidup susah.
Tolong Menolong Dalam Kebaikan
Abdullah bin Umar R.a berkata, bahwa Rasulullah S.a.w bersabda;
"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim lain, tidak mendzaliminya dan
menyerahkan dia kepada orang yang berbuat dzalim. Barang siapa memenuhi
kebutuhan ssudaranya, maka Allah S.w.t akan memenuhi kebutuhannya dan
barang siapa menyulitkan saudaranya, maka Allah S.w.t akan
menyulitkannya di hari kiamat nanti, dan barang siapa yang menutupi aib
saudaranya, maka Allah S.w.t akan menutupi aibnya di hari kiamat nanti.". (HR Abu Daud dan Turmudzi).
Di lingkungan pendidikan kita, di tempat tinggal atau di tengah
masyarakat umum, situasi dan keadaan kita menghendaki kita harus
berhubungan dengan orang lain, baik bersama orang-orang yang sebaya
maupun yang sama keinginan dan kebutuhannya dengan kita. Hubungan
antar-sesama dan saling menolong ini merupakan kehendak Allah S.w.t
dalam bentuk, cara, dan peraturan yang diatur sesuai dengan fitrah
manusia. Hal ini yang membuat ikatan hubungan masyarakat semakin kuat
dan penuh kasih sayang.
Allah S.w.t berfirman;
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
"..Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran..". (QS Al-Ma'idah [5]: 2).
Kemudian sabda Nabi S.a.w yang disebut di atas tadi menjelaskan secara
lebih terperinci gambaran bentuk tolong-menolong dalam mengerjakan
kebajikan dan takwa dengan kalimat Beliau;
"Muslim adalah saudara Muslim yang lain.".
Bentuk persaudaraan inilah yang merupakan dasar dibangunnya sebuah bangunan 'tolong-menolong' yang berdiri tegak.
Persaudaraan Muslim adalah persaudaraan aqidah, bukan persaudaraan
keturunan dan darah. Dan bentuk persaudaraan aqidah inilah yang
seharusnya lebih utama dalam mendapatkan perhatian dan pemeliharaan.
Allah S.w.t berfirman;
٢٤. قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ
وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ
وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا
وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ
وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ
وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
"Katakanlah: 'Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri
kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari
Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya'. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang fasik.". (QS At-Taubah [9]: 24).
Kemudian Nabi S.a.w menjelaskan gambaran awal bentuk persaudaraan, dalam kalimat Beliau;
"Tidak mendzaliminya dan menyerahkannya.".
Pengertian 'Tidak mendzaliminya' sudah jelas maknanya, yaitu kita tidak boleh menganiaya muslim lain yang merupakan saudara kita sendiri. Sedangkan yang dimaksud dengan kata-kata, 'tidak menyerahkannya', artinya tidak menyerahkan dia kepada orang-orang yang berbuat zalim.
Oleh karena itu, kita dilarang bekerja sama dengan orang-orang yang
zalim. Kita harus berupaya menentangnya dan juga menentang kezaliman dan
bentuk lain yang sejenis.
Sebatas kesanggupan dan kemampuan kita secara materi, jiwa, dan pikiran, jadilah penerang bagi orang lain dan berilah perumpamaan tertinggi dunia dalam menancapkan landasan pembentukan masyarakat yang akan datang. Dan sekali-kali janganlah kalian tunduk terhadap gaya hidup yang berdiri di atas permusuhan dan rekayasa karena gaya hidup tersebut menjalankan hukum kekerasan dan kepentingan yang menerapkan sistem individualisme.

Persiapkan dirimu untuk menghadapi perubahan dan campakkan semua metode
jahiliah. Terimalah dengan pikiran terbuka dan hati yang terang segala
pentunjuk dalam Al Qur'an dan tuntunan sunnah Nabi Muhammad S.a.w, di
dalam keduanyalah kita akan meraih kemenangan dan keberhasilan di dunia
dan akhirat.
Wallahu waliyyuttafiq wal hidayah, Wassalam
[ HATI AYAM & ORGAN DALAMAN PUNCA MANUSIA BERPENYAKIT?]
Kita diajar kalau nak tambah darah kita kena makan hati lembu dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat tinggi . Tetapi Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut cara kafir ke nak ikut cara Nabi Muhammad SAW ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat islam.
Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk
mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang
semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di
hati.
Kandungan racun dalam hati:
- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.
Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan
Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi . Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Waallahualam

WAKTU HARAM MENUNAIKAN SOLAT
Waktu syuruk
iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh dari 5.35am kepada 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. dari 7.05am ke 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Rasulullah
mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah
matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin
mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.
Waktu zawal/Istiwa/rembah
iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran.Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.
Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ianya 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.
Waktu2 ditegah solat adalah:
1. Sesudah solat subuh hingga terbit matahari. [kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram].
2. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.
3. Ketika matahari tegak diatas kepala kecuali pada hari jumaat.
4. Selepas solat Asar [kecuali di Tanah Haram].
5. Ketika matahari kemerahan diwaktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. [kecuali di Tanah Haram]
Wallahualam.

CARILAH SENYUM DALAM SUJUD MU
Apabila dia tidak memilihmu. Apabila cinta belum berpihak padamu. Tatkala tiada siapa membuatmu tersenyum. Mahukah dirimu mendengar khabar gembira? Bahawa Allah masih menunggumu. Mendengar doa-doa darimu. Merindui sujud panjangmu. Sehingga senyuman dibasahi air mata kerana Allah. Lalu,pergilah cari senyum dalam sujudmu.
Kadang-kadang bila terdesak manusia akan buat silap,dan mereka akan
terus buat silap untuk dapatkan sesuatu yang mereka nak, moga Allah
jauhkanlah kita dari jadi begitu.
Everything should be where it's belong
Here some words to every girls,
No matter where you stand, please love yourself before you love a man. Appreciate your life now. Cover your aurah properly. Watch your words and the way you dress. It’s okay ,you don’t have to take a drastic move. A little bit by bit is enough and soon, you’ll get close to Him. And guess what? A real guy (your future husband) going to love you the way you are :) Sometimes, we’re busy finding a prefect romeo when we,ourselves are full with imperfection and our relationship with Allah isn’t strong.
Princesses, the power is in your hand. Think wisely. Jannah is ours.

Tuesday, 24 May 2016
JADIKAN SOLAT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI DENGAN ALLAH
Solat adalah satu komunikasi yang sangat baik antara Allah dan manusia. Ia menjadi sebahagian pengikat antara hamba dan makhluk. Bahkan dalam setiap urusan disuruh untuk kita berurusan dahulu dengan Allah, kemudian barulah dengan manusia yang lain. Sekiranya penghubung komunikasi tersebut hanya sekadar acuh tak acuh, mana mungkin perisai kemungkaran itu boleh dihasilkan.
Sebab itu Nabi Muhammad SAW dalam setiap urusan kehidupan akhirat malah urusan dunia sentiasa menyuruh umatnya mendahului dengan solat dua rakaat. Ini dapat dilihat dalam kisah solat istikharah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah maksudnya : Adalah Rasulullah SAW , mengajar kami melakukan istikharah (memohon petunjuk bagi mendapat pilihan yang tepat) pada segala urusan atau pekerjaan. Baginda bersabda apabila seseorang itu ada cita-cita mengenai satu-satu urusan, pekerjaan , hendaklah ia dirikan sembahyang dua rakaat bukan sembahyang fardhu dan kemudian berdoa. ( riwayat al-Jamaah)
Malah setiap kali menghadapi ujian, cabaran mahupun kesulitan dalam
hidup Baginda sepanjang menyebarkan ajaran Islam, Baginda akan mengambil
waktu untuk melakukan solat terlebih dahulu memohon petunjuk daripada
Allah SWT dan memohon ketenangan jiwa untuk melaksanakan misi Islam. Ini
bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud :“Wahai orang-orang yang
beriman! Mohonlah pertolongan (kepada ALLAh) dengan sabar dan solat.
Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah :
143)
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka.” (Al-Ma’arij:19-23)
Benarlah firman Allah di dalam Surah al-Mukminun ayat pertama dan kedua, “Sesungguhnya berjayalah orang mukmin, iaitu mereka pada solat yang khusyu’ pada solat mereka”. Makin erat hubungan hati manusia dengan pencipta makin berjayalah seseorang itu di dunia dan di akhirat.
Setiap perbuatan menggambarkan bahawa proses mengingati Allah itu adalah sebahagian dari kekuatuan pengawalan nafsu dari terus melakukan perbuatan mungkar. Jelas disini, bukti menunjukkan bahawa solatlah sebahagian dari cara yang paling berkesan dalam menghubungkan hati manusia untuk mengingati Allah SWT. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :” Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku.” (Surah Toha : 14)

CEMBURU MELIHAT KAU SANGAT RAPAT DENGAN DIA
Cemburu tengok dia, indah luaran dan dalaman. Lagi di cari, lagi bersembunyi. Lagi di sebut, lagi mendiamkan diri. Sembunyi itu suatu perlindungan untuk ‘hati’, agar hatinya dekat dengan Sang Ilahi. Betul.. aku cemburu. Cemburu melihat kau sangat rapat dengan Dia. Cemburu kau banyak menghabiskan masa mengingati Dia. Cemburu melihat kau selalu mengalunkan irama mengikuti rentak Dia. Cemburu apabila kau sedang bahagia dengan cinta si Dia. Sedangkan aku??..aku banyak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.
Kata dia: "Apabila melihat kekurangan diri, muhasabahlah. Dan,
berusahalah untuk mengubah. Tegas dengan diri. Keras dengan diri
sendiri. Carilah segala macam cara untuk kita tinggalkan keburukan,
maksiat, kecacatan, dan kejahilan yang masih lagi menghantui diri. Ada
masanya nanti Allah akan uji, dan ingatlah bahawa ada pahala serta
ganjarannya untuk itu.". Kata dia lagi: "Orang yang lemah, serta tidak
banyak beramal akan mudah hilang. Kerana, hati yang tidak disinari
cahaya itu susah sekali nampak kebaikan-kebaikan yang datang." Kata dia
lagi: "Ikhlaslah. Berdoalah dengan sebanyak-banyaknya, dan benarkanlah
niatmu. Moga nanti, mudah untuk Allah memperlihatkan segalanya. Mudah
untuk kita berfikir, merasa, dan bertindak. Jagalah kebersamaan dengan
Allah.".
Kata dia lagi: "Jadilah orang yang sibuk. Kerana orang yang sibuk dengan hal-hal kebaikan, takkan sempat untuk menyibuk dengan hal-hal keburukan. Dia tiada sempat untuk berfikir hal-hal negatif, serta tiada waktu untuk berkhayal tentang hal-hal yang tak berfaedah." Kata dia lagi: "Jagalah hubungan dengan Allah. Jaga iman kita. Kerana, iman itulah yang akan membuatkan hati selalu tenang. Selalu sangka baik dengan Allah. Selalu mendapat petunjuk dan nasihat daripada Allah. Bila tersilap langkah, Allah akan betulkan. Bila gerak kerja melemah, atau ada yang tidak kena, Allah akan bagi tanda-tandanya." Moga-moga suatu hari nanti, aku mampu jadi sesolehah dia..Aamiin
Kadang-kadang manusia kurang berjaya bukan kerana dia tidak pandai, tapi belum berjumpa dengan potensi dirinya. baik dari segi kerjaya mahupun sumbangan pada agamaNya. Teruskan mencari diri kita sambil mengenal Dia. Orang mu'min adalah orang yang besar jiwanya, teguh semangatnya, tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha gigih kerana meletakkan akhirat dalam hati dan di depan matanya, dan dunia dalam kawalan tangannya.
Segalanya milik Allah datang dengan bantuan Allah. jangan lupa berdoa mudah-mudahan Allah membantu kita. jangan sedih2, asyik down. senyum dan teruskan berjalan. Teruskan mujahadah. usah dihitung bila akan tamatnya larian ini. pastikan terus bergerak, walaupun dalam keadaan merangkak mahupun mengesot. sebab putus asa itu, bukan sifat orang mu'min! Dalam apa jua keadaan, tika susah atau resah gelisah, paksakan diri kita untuk yang pertama mengadu dan meminta terlebih dahulu pada Allah. Kemudian barulah mak ayah, rakan taulan, FB dan sebagainya. Allah bukan saja sumber kekuatan. Dia sumber segala sumber.

Subscribe to:
Posts (Atom)