Tuesday, 24 May 2016

CEMBURU MELIHAT KAU SANGAT RAPAT DENGAN DIA


Cemburu tengok dia, indah luaran dan dalaman. Lagi di cari, lagi bersembunyi. Lagi di sebut, lagi mendiamkan diri. Sembunyi itu suatu perlindungan untuk ‘hati’, agar hatinya dekat dengan Sang Ilahi. Betul.. aku cemburu. Cemburu melihat kau sangat rapat dengan Dia. Cemburu kau banyak menghabiskan masa mengingati Dia. Cemburu melihat kau selalu mengalunkan irama mengikuti rentak Dia. Cemburu apabila kau sedang bahagia dengan cinta si Dia. Sedangkan aku??..aku banyak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.
Kata dia: "Apabila melihat kekurangan diri, muhasabahlah. Dan, berusahalah untuk mengubah. Tegas dengan diri. Keras dengan diri sendiri. Carilah segala macam cara untuk kita tinggalkan keburukan, maksiat, kecacatan, dan kejahilan yang masih lagi menghantui diri. Ada masanya nanti Allah akan uji, dan ingatlah bahawa ada pahala serta ganjarannya untuk itu.". Kata dia lagi: "Orang yang lemah, serta tidak banyak beramal akan mudah hilang. Kerana, hati yang tidak disinari cahaya itu susah sekali nampak kebaikan-kebaikan yang datang." Kata dia lagi: "Ikhlaslah. Berdoalah dengan sebanyak-banyaknya, dan benarkanlah niatmu. Moga nanti, mudah untuk Allah memperlihatkan segalanya. Mudah untuk kita berfikir, merasa, dan bertindak. Jagalah kebersamaan dengan Allah.".
Kata dia lagi: "Jadilah orang yang sibuk. Kerana orang yang sibuk dengan hal-hal kebaikan, takkan sempat untuk menyibuk dengan hal-hal keburukan. Dia tiada sempat untuk berfikir hal-hal negatif, serta tiada waktu untuk berkhayal tentang hal-hal yang tak berfaedah." Kata dia lagi: "Jagalah hubungan dengan Allah. Jaga iman kita. Kerana, iman itulah yang akan membuatkan hati selalu tenang. Selalu sangka baik dengan Allah. Selalu mendapat petunjuk dan nasihat daripada Allah. Bila tersilap langkah, Allah akan betulkan. Bila gerak kerja melemah, atau ada yang tidak kena, Allah akan bagi tanda-tandanya." Moga-moga suatu hari nanti, aku mampu jadi sesolehah dia..Aamiin
Kadang-kadang manusia kurang berjaya bukan kerana dia tidak pandai, tapi belum berjumpa dengan potensi dirinya. baik dari segi kerjaya mahupun sumbangan pada agamaNya. Teruskan mencari diri kita sambil mengenal Dia. Orang mu'min adalah orang yang besar jiwanya, teguh semangatnya, tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha gigih kerana meletakkan akhirat dalam hati dan di depan matanya, dan dunia dalam kawalan tangannya.
Segalanya milik Allah datang dengan bantuan Allah. jangan lupa berdoa mudah-mudahan Allah membantu kita. jangan sedih2, asyik down. senyum dan teruskan berjalan. Teruskan mujahadah. usah dihitung bila akan tamatnya larian ini. pastikan terus bergerak, walaupun dalam keadaan merangkak mahupun mengesot. sebab putus asa itu, bukan sifat orang mu'min! Dalam apa jua keadaan, tika susah atau resah gelisah, paksakan diri kita untuk yang pertama mengadu dan meminta terlebih dahulu pada Allah. Kemudian barulah mak ayah, rakan taulan, FB dan sebagainya. Allah bukan saja sumber kekuatan. Dia sumber segala sumber.

No comments:

Post a Comment