Sangka ialah
pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh
syak, berasa sangsi, ragu-ragu, was-was dan menganggap seperti. Jadi,
sangka ialah pendapat yang berdasarkan agakan, keraguan, kesangsian,
anggapan, kewas-wasan, kiraan, syak dan dugaan (maksudnya di sini bukan
ujian tetapi menduga).
[ BERSANGKA=BERPRASANGKA.]
Maka, boleh kita simpulkan bahawa bersangka baik ialah berpendapat di dalam hati
dengan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan,
syak dan dugaan (maksudnya di sini bukan ujian tetapi menduga) baik terhadap seseorang.
Berbalik pada tujuan asal penulisan ana kali ini iaitu ‘Kenapa perlu bersangka baik?’. Untuk menjawab soalan itu marilah kita renungi firman ALLAH S.W.T. dalam Surah
Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan
prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah
kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu
mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan
bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi
Maha Mengasihani.”.
Keterangan
ayat “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka.
Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” dalam Surah Al-Hujurat
ialah tinggalkanlah sangka-sangka jahat terhadap sesama mukmin. Kerana berdosa
bersangka jahat pada orang-orang muslimin, yang pada lahirnya
orang-orang baik. Jika bersangka jahat pada orang yang
berterang-terangan melakukan dosa, seperti minum arak, berjudi dan
sebagainya, maka tidaklah berdosa.
Oleh itu, telah jelas dan nyata
tafsiran ayat di atas dalam Al-Quran iaitu kita hendaklah bersangka
baik terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa
kerana ALLAH melarang kita bersangka jahat terhadap sesama mukmin yang
tidak terang-terangan melakukan dosa dalam ayat di atas.
Untuk
mengukuhkan dalil “KENAPA TIDAK BOLEH BERSANGKA BURUK PADA MUKMIN YANG
TIDAK TERANG-TERANGAN MELAKUKAN DOSA?KENAPA PERLU BERSANGKA BAIK?” mari
kita renungi dan fahami hadis Nabi Muhammad S.A.W. ini.
Sumber Abu Hurairah R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :
إيكم والظن , فإن الظن أكذب الحديث
Ertinya :
“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]
Pengajaran Hadis :
1. Islam mengajarkan umatnya agar memiliki hati yang suci-bersih, ikhlas dan tidak mudah menaruh prasangka buruk terhadap kata-kata atau perlakuan seseorang saudara ISLAM.
2. Rasulullah S.A.W. melarang orang ISLAM memasang prasangka dan tohmah, sebab dia (prasangka dan tohmah) adalah tipu daya hawa nafsu atau andaian buruk semata-mata.
3. Sesungguhnya prasangka itu tidak ada bukti dan dia tidak membawa kebenaran sedikit pun. Kesan dari sifat prasangka ini akan menimbulkan keretakan dalam masyarakat dan akan mengganggu keharmonian.
Kesimpulannya,
kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama muslim yang tidak
melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa)
dan janganlah kita bersangka buruk terhadap sesama mukmin dan muslim
yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia
melakukan dosa).
Akhir kalam, INGATLAH ! PRASANGKA TIDAK MEMBAWA KEBENARAN DAN IA BERKEMUNGKINAN MEMBAWA KEPALSUAN. Jadi, boleh rujuk [DI SINI] bagi memahami apa itu kebenaran dan kepalsuan.
No comments:
Post a Comment