Setiap kali seorang hamba melakukan perbuatan dosa, Allah memberikan tanda noda hitam pada hatinya. Semakin banyak dia mengulangi perbuatan dosanya, maka akan semakin banyak noda hitam (penyakit hati) tersebut. Jika noda tersebut sudah menutupi hatinya maka cahaya Allah; berupa petunjuk, hidayah, dsb. akan sulit masuk ke dalam hati yang sudah tertutup noda tersebut. Solat taubat adalah solat sunnah yang dilakukan sebagai salah satu cara untuk bertaubat memohon ampun pada Allah atas dosa dan kesalahan yang telah dilakukan.
Solat Taubat ada baiknya jika ditunaikan setiap hari, jika tidak boleh 1
minggu sekali. Jika tidak boleh 1 minggu sekali, tunaikan 1 bulan
sekali. Jika tidak boleh 1 bulan sekali, tunaikan 1 tahun sekali. Jika
tidak boleh mengerjakan 1 tahun sekali, kerjakan seumur hidup sekali.
Mengerjakan Solat taubat berarti kita membersihkan diri dari dosa-dosa
kecil dan besar.
Mengenai cara melakukan solat taubat;
a) Mulai dengan mengambil wudhuk dengan sempurna.
b) Niat di dalam hati ketika takbiratul-ihram bahawa solat yang hendak dilakukan itu adalah solat sunat taubat (yakni untuk memohon ampun kepada Allah). Contohnya menghadirkan dalam hati; “Sahaja aku menunaikan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah”.
b) Tiada ayat atau surah tertentu yang ditentukan oleh Nabi yang mesti dibaca selepas al-Fatihah. Oleh itu, harus dibaca mana-mana ayat atau surah dari al-Quran. Membaca surah secara penuh walaupun pendek lebih baik dari membaca potongan ayat al-Quran.
c) Selesai solat, hendaklah beristighfar sebanyak mungkin kepada Allah dengan menghadirkan penyesalan di dalam hati atas dosa yang dilakukan. Istighfar yang terbaik ialah penghulu istighfar yang diajar oleh Nabi. Astaghfirullah…100X Subhanallaahul ‘adzhiim…100X Laa ilaha illallaah, wahdahulaa syariikalahu lahulmulku walahulhamdu yuhyi wa yumitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(a)...10X
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
Fadhilat Taubat:
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment