Tuesday, 24 May 2016

AKU MANUSIA BIASA


Aku manusia Yang banyak khilafnya. Walau tampak ceria sentiasa, Aku juga punya duka dan lara. Aku manusia Yang banyak kekurangannya. Walau tampak tiada apa derita Tapi cuba disorok sedaya upaya. Malah aku juga manusia Yang terlalu banyak kesalahannya. Walau tampak bersih dari apa dosa Tapi sebenarnya banyak tak terkata.
Aku percaya yang Kita ini sebenarnya Tampak sahaja baik di mata Dek kerana aib yang ditutup jaga Oleh Tuhan yang maha esa. Dan sekiranya aib kita luas terbuka, Aku percaya tak akan ada sesiapa Yang berani untuk menunjuk muka Dek malu menayang aib penuh di dada. Ingat Aku ini hanya manusia Yang sama seperti kalian juga, Andai ada salah dan silapnya Tegurlah aku seikhlas jiwa.

No comments:

Post a Comment