Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa beramal kerana riyak,
Allah akan menolak amal itu pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Abu Hurairah r.a. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW.
bersabda, "Allah SWT berfirman yang bermaksud, 'Aku adalah Dzat Yang
paling kaya dari persekutuan-persekutuan yang ada. Barangsiapa beramal
dengan suatu amalan bercampur dengan syirik (persekutuan) di dalamnya
antara Aku dengan selain Aku, Aku akan meninggalkannya dan apa yang
dipersekutukan itu'." (Hadis Riwayat Muslim).
Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa
memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a.
Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang
sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam
diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang
benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya
berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan
Rasulullah SAW kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba Abu Hurairah
menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.
Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata,
"Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan
Rasulullah SAW kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan
baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga
hampir pengsan.
Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan : "Bahawa
pada hari kiamat nanti, Allah SWT akan turun kepada hambanya untuk
memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut.
Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya
dan orang yang berperang di jalan Allah SWT.
Allah SWT bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah Aku telah mengajarkanmu kitab yang telah Aku turunkan kepada rasul-Ku?"
Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.''
Allah SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?''
Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-Mu di malam hari dan siang hari''
Allah SWT berkata kepadanya, "Engkau berdusta".
Allah SWT berfirman "Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.
Kemudian dipanggil orang kaya. Allah SWT berfirman, ''Engkau telah Aku beri rezeki sehingga berkeadaan cukup".
Orang itu menjawab, ''Benar wahai Tuhan''.
Allah SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'',
Dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.''
Allah SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta".
Malaikat juga berkata begitu. Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah SWT.
Maka Allah SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?''
Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh.''
Maka Allah SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu."
Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.
"Kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu
Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali
merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"
Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkah hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amalan yang kita
lakukan jika tidak ikhlas kerana Allah SWT dan ada matlamat dan tujuan
yang lain maka ianya tidak akan di terima oleh Allah SWT. Amalan
tersebut akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan tidak ada nila di
sisi Allah SWT.
Ada orang bertanya bagaimana hendak mengetahu sesuatu amalan itu ikhlas
atau tidak?, sedangkan ikhlas itu terletak di hati. Tidak ada sesiapa
pun mengetahuinya melainkan Allah SWT.
Memang benar ikhlas itu terletak di hati. Jika kita sendiri hendak
mengesan amalan yang kita buat itu ikhlas atau pun tidak maka tandanya
kita lebih suka rahsiakan daripada menceritakan kepada orang lain. Boleh
di ceritakan dengan syarat ada keperluan sebagai pengajaran dan ikutan .
Sedekah yang lebih baik adalah sedekah yang dilakukan secara sembunyi
tanpa diketahui oleh orang lain hinggakan tangan kiri tidak mengetahui
apa yang diberikan oleh tangan kanan.
Bila berdakwah dan berjihad dijalan Allah SWT tidak mengharapkan
ganjaran atau pun pujian orang ramai. Di hina atau di puji tidak akan
melemahkan semangat atau menjadi lebih semangat, kerana tidak ada
balasan ganjaran yang lebih baik melainkan ganjaran daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment