Sunday, 8 May 2016

BUKAN MARAH !! NASIHAT......


Umar Al-Khattab sewaktu beliau menjadi khalifah. Ada seorang peminum arak yang menegur kesilapannya, lalu dia menerima teguran itu. Orang yang melihat Sayidina Umar bersifat demikian merasa pelik lalu bertanya.. “Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima tegurannya sedangkan dia seorang peminum arak?'”
Sayidina Umar berkata, “Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya terhadap aku adalah benar.”
Agak-agak kalau kita di tempat Umar, boleh tak kita nak menerima teguran itu?
Mereka yang mampu berlapang dada dalam menerima teguran daripada orang lain, adalah mereka yang merendahkan egonya di tahap yang paling rendah. Siapalah kita untuk merasa bangga dengan diri kita meskipun kita merasakan diri kita lebih baik dari orang yang memberikan teguran itu. Kalau teguran yang diberikan itu teguran yang baik,dan memang kena pun dengan diri kita,apa kata kita cuba renung-renungkan teguran itu. Mungkin ada benarnya, ye dak?
Yang paling penting, lihatlah teguran yang diberikan bukan orang yang memberikan teguran. Sentiasa berbaik sangka dengan orang lain. ^^ Setiap kali kita pandang orang, tak kisah la luaran dia macam mana sekalipun, pandanglah dia dengan pandangan yang merasakan, dia lebih baik dari kita. Mungkin amal yang dia lakukan, lebih banyak yang ikhlas berbanding kita. Allah kan tak tengok betapa banyaknya amalan kita. Sebaliknya, Allah melihat,betapa ikhlasnya kita dalam melakukan sesuatu amal itu.
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun” Al-Mulk ayat 2.
Kalau dulu, susah nak terima nasihat, sekarang ni, banyakkan lah berlapang dada menerima nasihat. ^^
Dan bukan setakat menerima nasihat, marilah kita memberi nasihat. Give and take. Disamping menasihati diri kita, sebarkanlah juga untuk kebaikan orang lain bersama. Kita nak sama-sama jadi baik kan. Saya pun. Jom jom!
“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” (Surah Azzariyat: 57)
Dan firman-Nya lagi:
“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.(Surah Al-Asr: 1-3)

No comments:

Post a Comment