Sunday, 15 May 2016

SEMUA ORANG PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN MASA LALU


Sahabat, kehidupan kita ini sebenarnya terlalu singkat untuk dinikmati dalam penyesalan. Malah, kita akan berasa rugi sentiasa dan akhirnya, keluhan yang akan menjadi sahabat setia kita. Kita harus bersedia untuk mempelajari sesuatu bagi memaknakan kehidupan ini, dan sentiasa mahu untuk belajar daripada kesilapan. Usah dibiarkan rasa penyesalan itu menjadi bayang-bayang yang sentiasa mengikut kita..
Tidak percayakan kita pada RUKUN IMAN, PERCAYA QADA DAN QADAR?. Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu. Kadang kesilapannya dalam memilih sesuatu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya. Tak perlu kita bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..
Yang mana kini, berdiri kita sekarang dalam realiti . Bukan dalam bayang-bayang sendiri. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seseorang yang tiada pegangan diri mengejar impian. Berhenti menangis sesuatu suratan yang berlalu. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Usah dikenang salah lama dan terus menghantui dalam masa depan.
Semua yang sudah terjadi adalah pengalaman yang bererti, tidak usah disesali, terutama kejadian yang melukai hati. Hidup itu memang terkadang rumit, namun serumit apapun kehidupan ini tetap harus kita jalani.
Sahabat, Yakinlah... berhentilah menghukum diri sendiri daripada rasa yang boleh membunuh hati untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur. Manfaatkan setiap detik nadi kita sebagai abdi kepada Tuhan. Kita mempunyai pilihan untuk meninggalkan masa lalu yang merugikan di dalam hidup setiap diri kita. Yakinlah... kita sebenarnya boleh!!

No comments:

Post a Comment