Monday, 2 May 2016

PANDANGLAH UNTUK JANGKA PANJANG


Usah persiakan hidup-mu di akhirat sana dengan mempersiakan masa-mu dengan perkara yang sia-sia..Semakin hari, usia kita semakin meningkat dan daripada sebesar tapak tangan, kini mampu mengenal dunia.Daripada membisu daripada berkata-kata, kini petah seribu bahasa, tetapi persoalannya, adakah itu mencukupi?
Sebenarnya, banyak lagi perkara harus kita lakukan. Masih banyak kekosongan di dada yang harus kita isi, justeru sentiasalah mencari peluang dalam memantapkan lagi perjalanan hidup yang masih jauh dan tak pasti bilakah penamatnya.
Memang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t, setiap usaha pasti mendapat ganjaran.Lebih gigih kita berusaha, lagi besarlah ganjaran yang bakal kita terima.Yang penting ialah tidak mudah berputus asa. Gunakan kesempatan pada usia muda untuk mengejar kejayaan yang diimpikan. Jadikanlah setiap kegagalan sebagai pengajaran.
Perlu diingatkan, jangan dipersiakan peluang yang ada.Jadilah manusia yang bijak dalam menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang menambah ilmu kerana dengan ilmu, seseorang akan dapat menemui kejayaan.
Pandanglah untuk jangka masa panjang. Fikirkan ke mana tujuan kita selepas ini. Seperti serangkap kata-kata yang berbunyi: “Kejayaan itu bukan destinasi, ia adalah satu perjalanan. Anda perlu gambarkan arah ke mana tujuan perjalanan itu.”
Buat pahala ni memang susah untuk jangka pendek, tetapi kesannya akan datang memang jangka panjang. Buat dosa ni memang mudah untuk jangka pendek, tetapi kesannya akan datang memang jangka panjang. Setiap dosa & pahala ada harganya yang akan kita bayar.Kalau dosa, harganya adalah penyeksaan. Kalau pahala, harganya adalah kenikmatan.

No comments:

Post a Comment