Monday, 23 May 2016

MERINDUI MANUSIA MEROSAKKAN HATI... MERINDUI ALLAH MENGUBAT HATI


Sahabatku yang ku kasihi, Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu… Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya… Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini… “Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.
Sahabatku, Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian… Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu… Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu… “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45
Berkata Imam Makhul rahimahullahuta'ala,.Mengingati Allah ta'ala itu ialah ubat, sedang mengingati manusia itu ialah penyakit. [Al-Waabil al-Sayib; Raafi' al-Kalim al-Tayyib, Imam Ibn Qayyim]
Yang jauh jangan dikenang-kenang nanti kelak asyik terbayang-bayang. Tidak khusyuk ibadah dikala seorang kerana hati sudah dimiliki orang. Buang yang keruh ambil yang jernih, lupakan yang jauh ambil yang soleh. Bercinta bila dah betul2 bersedia. Pengalaman lepas jadikan pengajaran. Cinta manusia tolak ketepi dulu buat masa ni. Matangkan fikiran, sediakan dan mantapkan agama terlebih dahulu. Fokus dengan cinta Allah dahulu.

No comments:

Post a Comment