Allah menciptakan semuanya dalam keadaan berpasangan dan keseimbangan. Ada besar ada kecil, ada panjang, ada pendek, ada sejuk dan ada panas, ada orang baru lahir ada orang yang mati, mungkin kalau tidak akan penuhlah dunia ini dengan manusia (Hanya Allah Yang Maha Mengetahui).
Justeru ada orang yang sayang dengan kita dan ada orang yang benci
dengan kita..tidakkah itu juga sunnahtullah? Itulah juga yang berlaku
kepada Rasulullah SAW, ada yang sangat sayang kepada baginda dan ada
yang sangat membenci. Maka jika ada orang yang membenci kita, tak
perlulah kita fikirkan sangat dan kita merasa sedih, ianya adalah
sebahagian dari Sunnahtullah, bukti keseimbangan yang sempurna di dalam
penciptaan Allah. Mungkin kalau tak ada orang yang benci kita, kita rasa
cukup hebat dan sempurna. Bila ada orang yang tidak suka, kita akan
melihat kelemahan-kelemahan kita dan berusaha untuk membaikinyakan?
Kita kembali pada-Nya, maka terubatlah segala duka. Kita manusia, memang susah nak puaskan hati semua pihak, ada saja yang tak kena. Manusia tak suka? tak apa, sebab kita masih ada Allah.."Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri..."~Rabiatul Adawiyah

No comments:
Post a Comment