Sunday, 15 May 2016

ANTARA SEBAB MENGAPA SOLAT KITA TIDAK KHUSYUK


Kekhusyukan dalam solat adalah anugerah dari Allah. Pada hari ini kita sangat khusyuk, esok belum tentu lagi. Beberapa pengalaman dan kefahaman perkara-perkara yang boleh mendatangkan gangguan di dalam solat yang ingin saya kongsikan yang berlaku pada saya beberapa lama dahulu.
Setiap kali saya menghadapi masalah tidak khusyuk dalam solat, saya akan merasa sangat sedih dan gelisah, hilang rasa kenikmatan solat seolah-olah seperti ditarik atau diambil. Saya sememangnya yakin bahawa kekhusyukan dalam solat adalah anugerah dari Allah maka saya segera beristighfar kepada Allah dengan sungguh-sungguh dan saya bertanya kepada Allah apa kesalahan yang telah saya lakukan. InsyaAllah, Allah akan memberikan jawapannya dan insyaAllah akan ditunjukkan apa yang kita lakukan yang memberi kesan kepada solat kita. InsyaAllah saya ingin berkongsi perkara itu kali ini.
Sebenarnya saya seorang yang jarang menonton televisyen kecuali rancangan2 Agama. Suatu hari saya terlalai di depan kaca telivisyen menyaksikan rancangan hiburan MELODI yang mempersembahkan cerita2 gossip artis yang ia telah memberi kesan kepada solat dzohor, asar, maghrib dan isya saya hari itu. Malam itu, saya bangun qiam buat solat taubat memohon keampunan atas kelalaian saya menonton rancangan tersebut dan barulah saya dapat kembali solat khusyuk saya.
Selain itu, saya bersama suami dalam kereta perjalanan ke suatu tempat, saya telah termengumpat seseorang. Walaupun masa mengumpat itu saya sedar yang saya mengumpat walaupun ia perkara benar terjadi, tapi saya tetap terus bercerita keburukannya. Maka terjadi lagi hilang kekhusyukan solat saya sehingga saya bersungguh-sungguh beristighfar dan buat solat sunat taubat. Semoga Allah akan sentiasa mengingatkan saya.
Peristiwa dan pengajaran yang saya dapati dari tidak khusyuk dalam solat ini telah menyedarkan diri saya betapa banyaknya dosa dan kesalahan yang saya lakukan setiap hari yang tidak saya sedari. Semoga Allah mudahkan kita untuk sentiasa bertaubat kepadaNya.

No comments:

Post a Comment