Sunday, 22 May 2016

SIAPA ANDA, TANPA HIDAYAH ALLAH?


Ramai yang mengeluh,"Aku tak diberi Hidayah lagi!" dan dia juga mengeluh,"Aku masih belum mampu!" juga engkau terkadang mengeluh, "Bestnyer kalau dapat jadi macam dia."
Orang yang tak pernah menghargai, tak akan pernah dihargai! Orang yang tak pernah taat, tak akan pernah ditaati! Orang yang tak pernah menghormati, tak akan pernah dihormati! Dan orang yang tak pernah memberi, tak akan pernah 'diberi'!
Jika anda mencari ilmu untuk disimpan di dada semata-mata, lebih baik anda ke kedai buku, borong buku novel dan motivasi, dan isikan di rak-rak buku di bilik anda. Kemudian, TIDUR.
Orang yang berilmu, tak pernah sama dengan orang yang beramal dengan ilmunya. Orang yang membaca untuk mencari Hidayah, tak akan sama dengan orang yang beramal untuk mencari Hidayah. Orang yang melihat orang lain untuk menjadi orang yang bermampuan, tak akan sama dengan orang yang mencuba untuk menjadi orang yang berkemampuan. Orang yang mengeluh dengan takdir-Nya, tak akan pernah sama dengan orang yang 'senyum' dengan takdir-Nya.
Jika anda mahukan Hidayah, atau bercitakan menjadi orang yang berkemampuan, juga berdoa agar diberi kekuatan hati untuk bersabar dan bersyukur dengan takdir-Nya, hendaklah anda menghargai! juga haruslah anda mentaati! dan juga mestilah anda menghormati! dan tak dapat tidak wajiblah anda 'memberi' (hak-Nya).
Anda mahu Allah membantumu, tapi sejak bila pula anda 'membantu' Allah? Dan jika anda hanya mahu 'tidur' dengan ilmu, lupakanlah untuk menjadi orang yang 'disegani' oleh para malaikat! Pintalah, doa sebanyak-banyaknya. Jika tidak dimakbulkan semua, paling kurang anda telah menjadi orang yang merendah diri, di hadapan Tuhan yang Maha Kaya! "Jika kamu orang yang berdosa, maka sujudlah untuk bertaubat! Jika kamu orang yang baik, maka sujudlah untuk bersyukur!" Siapa anda, tanpa Hidayah Allah?
"Always remember ALLAH"

No comments:

Post a Comment