Rasulullah ﷺ bersabda: ““Tahukah kalian siapa syuhada dari ummatku? orang-orang yang ada menjawab: Muslim yang mati terbunuh” beliau bersabda: Kalau hanya itu para syuhada dari ummatku hanya sedikit. Muslim yang mati terbunuh adalah syahid, dan mati kerana penyakit kolera adalah syahid, begitu pula perempuan yang mati kerana bersalin adalah syahid (anaknya yang akan menariknya dengan tali pusarnya ke syurga)”(HR. Ahmad, Darimi, dan ath-Thayalusi)
Adakah seorang insan selain ibu sanggup menggadai nyawanya sebagai
taruhan melahirkan kita? Malah setelah kelahiran berlaku, ibu tidak
terus sihat, dia terus tidak bermaya, keletihan dan sakit kerana
melahirkan...tetapi bila dengar tangisan si anak, hilang segala
keletihan dan kesakitan.
Setelah kelahiran, bermula satu lagi episod pengorbanan ibu. Ibu akan berjaga sepanjang malam untuk menyusukan, melayan akan yang menangis kerana kebasahan kencing atau kelaparan..
Kasih sayang ibu terserlah lagi...ketika badan si anak penuh najis kerana kencing dan berak, ibu menghadiahkan ciuman kepada anaknya. Mengapa anak dalam keadaan busuk itu dicium juga? Kerana di hati ibu ada cinta yang amat mendalam.
Berapa kali kejadian ini berlaku? berulangkali, berkali-kali...kerana ibu mengorbankan masa tidur dan rehatnya demi menjaga si anak agar tidak basah, lapar atau diganggu nyamuk.
Itulah ibu yang kita tinggalkan kini di kampung... (bagi yang masih punya ibu) Hebatnya kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu...pastinya tidak terhenti di situ...sepanjang hayatnya ibu tetap berkorban dan menyayangi anak-anaknya. Dia terus berkorban memandaikan si anak, mendidik anak, bukan sekadar makan dan pakai sahaja.
Terlalu banyak jasa ibu. Pengorbanan dan kasih sayang ibu dikenang hingga ke Akhirat. Tiada sebarang alasan untuk memutuskan hubungan antara anak dan ibu bapa walaupun mereka masih kafir sedangkan anaknya telah Islam.
Dari Asma' binti Abu Bakar as-Shiddiq r.ha, katanya: "Ibuku datang ke tempatku sedang dia adalah seorang musyrik di zaman Rasulullah. Iaitu di saat berlangsungnya perjanjian Hudaibiyah antara Nabi ﷺ dan kaum musyrikin.
Kemudian saya meminta fatwa kepada Rasulullah ﷺ, saya berkata: "Ibuku datang padaku dan ia ingin meminta sesuatu, apakah boleh saya hubungi ibuku itu, padahal ia musyrik?" Beliau ﷺ bersabda: "Ya, hubungilah ibumu." (Muttafaq 'alaih)
Seorang anak perlu ingat pesanan ini:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra':17:23)"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan
وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

No comments:
Post a Comment