Sunday, 22 May 2016

DI ANTARA SEBAB2 FUTUR (LEMAH IMAN, MALAS IBADAH)


1. Hilangnya keikhlasan
2. Lemah dalam menuntut ilmu syar'i
3. Ketergantungan hati kepada dunia dan melupakan akhirat
4. Fitnah(cubaan) berupa isteri, anak dan harta
5. Hidup di tengah masyarakat yang rosak.
6. Berteman dengan orang2 yang memiliki keinginan yang lemah dan cita-cita duniawi
7. Melakukan dosa dan maksiat serta memakan barang-barang yang haram
8. Tidak mempunyai tujuan yang jelas (baik dalam menuntut ilmu mahupun berdakwah)
9. Lemahnya iman
10. Menyendiri (tidak mau bergaul dengan komuniti yang baik)
11. Lemahnya pendidikan

Futur adalah penyakit yang sangat ganas, namun tidaklah Allah menurunkan penyakit melainkan Dia pun menurunkan ubatnya. Akan mengetahui orang2 yang mau mengetahuinya, dan tidak akan mengetahui orang2 yang enggan mengetahuinya.
Diantara ubat penyakit futur adalah:
1. Memperbaharui keimanan. Iaitu dengan mentauhidkan Allah dan memohon kepada-Nya agar ditambah keimanan, serta memperbanyak ibadah, menjaga solat wajib yang lima waktu dengan berjamaah di masjid, mengerjakan shalat-solat sunnah rawatib, melakukan solat tahajjud dan witir. Begitu juga dengan bersedekah, silaturahmi, berbakti kepada kedua orang tua, dan lain-lain dari amal-amal ketaatan.
2. Merasa selalu diawasi Allah ta'ala dan banyak berdzikir kepada-Nya
3. Ikhlas dan bertakwa
4. Mensucikan hati (dari kotoran syirik, bid'ah dan kemaksiatan)
5. Menuntut ilmu, tekun menghadiri pelajaran, majelis taklim, muhadharah ilmiyyah dan dauroh-dauroh syar'iyyah.
6. Mengatur waktu dan muhasah diri
7. Mencari teman yang baik (saleh)
8. Memperbanyak mengingat kematian dan takut terhadap su'ul khatimah (akhir kehidupan yang buruk)
9. Sabar dan belajar untuk sabar
10. Berdoa dan memohon pertolongan Allah

No comments:

Post a Comment