Ada masa dan ketika kita rasa seolah-olah hidup ini sulit dan untuk sabar dan redha juga amat susah. Memang perit apabila diri kita tidak dihargai. apa yang dibuat semuanya di’take for granted’. malah apabila kita bercakap sesuatu dikata kita mengungkit segala kebaikan kita dan akan dibayar semuanya kembali. mengapa ya begitu?
Tabahkan hati, ingatlah, manusia tidak akan pernah puas hati. kita juga
begitu. Ada sahaja ketidakpuasan hati dalam diri kita. Dah banyak yang
kita buat, tapi orang tak pandang. Dah banyak jasa yang kita tabur, tapi
tak diendahkan orang. Dah banyak pengorbanan yang kita lakukan tapi
orang masih tidak berpuas hati. perasaan -perasaan bahawa orang tidak
menghargai kita juga sebenarnya adalah ketidakpuasan hati kita yang kita
sama ada pendam dalam hati atau kita luahkan baik melalui kata-kata
atau kita tunjukkan melalui protes; bermasam muka, tidak bercakap dan
sebagainya.
Andai kita banyak berkorban untuk keluarga, wang kita banyak keluar untuk membantu suami, tenaga kita diperah siang dan malam untuk memastikan rumah tangga terurus, ohh, sebenarnya itulah sedeqah yang amat tinggi, itulah semaian kita untuk tuaian di akhirat nanti. Pastinya benih yang kita semai, kita mahu dari benih yang terbaik, tanpa ada cacat dan celanya , kita tentunya mahu hasil tuaian dari benih itu hidup subur dan membuahkan hasil yang paling manis dan lazat untuk kita rasai . kita pastinya tidak peduli apa pun kritikan orang dalam usaha kita menyemai benih itu, tapi kritikan itu tetap kita selidiki , mana tahu benar dan dapat kita jadikan tips untuk menyuburkan lagi hasil tuaian kita.
Jadikan hujan itu sebagai satu yang indah, kerana tanpa hujan pastinya semaian tak subur. jadikan taufan dan puting beliung hidup juga satu yang indah kerana dengan adanya dia kita tahu tahap perlindungan diri kita mantap atau tidak. Sama juga dengan kehidupan, ujian dan cabaran, tribulasi dan mehnah, semuanya indah. kerana dengan semua itu kita menjadi bertambah matang dan kita kenal siapa diri kita, bila kita kenal siapa diri kita , kita mudah kenal Pencipta kita.
ingatlah bahawa apa yang ada di dunia ini hanya sementara. andai benar diri kita tidak dihargai, selidiklah diri, muhasabah lah hati. mana tahu, memang benar kita tidak ikhlas dalam berbakti, tidak redha dalam menerima. lalu banyakkan istighfar, agar ketidakpenghargaan insan di sekeliling kita sebenarnya makin menjadikan diri kita lebih berkualiti. lebih bernilai tambah. lebih istimewa.
Bersihkan hati sentiasa. niat agar apa yang dilakukan adalah keranaNya, lalu walau apa penerimaan orang, hati tidak akan terguris, sementelah yang dipohon keredhaannya adalah Dia Yang Maha Kuasa.Satu perkara yang kupelajari dari kehidupan, bahawa ia perlu diteruskan. Satu perkara yang kupelajari dari cinta, bahawa ia tidak selalu bertahan. Satu perkara yang kupelajari dari manusia, bahawa manusia itu cepat berubah.

No comments:
Post a Comment