Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat
menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang
patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki
ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua
yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang
tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang
tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya
sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu
mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas
menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada
anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu
BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,"
katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis
manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya
yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan
mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina
agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk
para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik
kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam
suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah
yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah
dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga
kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah Rasu-lNya SAW. dengan mempersendakan atau
mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Sahabat yang dimuliakan,
Bertaubatlah kita kepada Allah SWT kerana kematian akan datang bila-bila
masa. Kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi
kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan
kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang kufur, siapakah
orang yang kufur itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan
Rabbul 'alamin. Apabila enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti
seseorang ingin melawan arahan Tuhan. Jangan cuba mencabar Allah SWT dan
menghina ajaran Islam pasti balasannya akan di terima di dunia lagi dan
di akhirat telah tersedia seksaan api neraka yang amat dahsyat.
No comments:
Post a Comment