7 Tipudaya
Syaitan ke Atas Umat Islam
CIRI-CIRI SYAITAN.
Terdapat banyak ayat
al-Qur’an dan hadis sahih yang menerangkan ciri-ciri syaitan. Semua ini
didedahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam untuk kebaikan kita kerana dengan
pengetahuan akan ciri-ciri syaitan, kita akan dapat mengetahui apa sifat
mereka, sekadar mana kemampuan mereka dan bagaimana mereka bertindak.
Sebelum kita mengkaji
ciri-ciri tersebut, sekali lagi saya ingin menasihati para pembaca yang
budiman sekalian agar:
-
Tidak berpaling atau membantah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang dikemukakan.
-
Tidak menilainya dengan akal atau cuba menselarikannya kepada akal dengan alasan “ciri-ciri tersebut ialah kiasan (majaz) semata-mata.”
-
Tidak bertanya, berfikir dan menokok tambah dari apa yang sedia dijelaskan oleh al-Qur’an dan hadis.
Ciri # 1: Syaitan
memiliki kepala.
Ciri ini diterangkan
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:
Sesungguhnya
Kami jadikan (pokok Zaqqum itu) satu ujian bagi
orang-orang yang zalim.
Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang
marak
menjulang,
buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan.
[al-Saffat 37:63-65]
Ciri # 2: Syaitan
memiliki dua tanduk.
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لاَ تَحَرَّوْا بِصَلاَتِكُمْ طُلُوعَ الشَّمْسِ وَلاَ غُرُوبَهَا
فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بِقَرْنَيْ شَيْطَانٍ.
Janganlah
kalian melaksanakan solat (sunat
mutlak) pada waktu terbit
matahari
(selepas subuh) dan terbenam matahari
(selepas asar)
kerana pada waktu
itu muncul dua tanduk
Ciri # 3: Syaitan
memiliki hati, mata dan telinga.
Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman:
Dan sesungguhnya Kami
jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari jin dan manusia yang mempunyai
hati
(tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya
(bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga
(tetapi)
tidak
mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).
[al-A’raaf 7:179]
Sebagaimana yang
dijelaskan sebelum ini, syaitan adalah dari jenis jin. Maka ciri-ciri
yang dimiliki oleh jin dimiliki juga oleh syaitan. Dalam ayat 179 surah
al-A’raaf di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa
jin memiliki hati, mata dan telinga. Maka demikian jugalah bagi syaitan,
ia juga memiliki hati, mata dan telinga.
Sebelum ini dalam bab
“Asal Usul Permusuhan Syaitan Kepada Manusia”, kita mengetahui bahawa
syaitan mendengar perintah Allah untuk sujud kepada manusia, menunjukkan
bahawa syaitan memiliki telinga. Kemudian syaitan enggan sujud kerana
takbur, dimana dua dari sikap takbur tersebut ialah ujub
terhadap diri sendiri dan menghina kepada orang lain. Kedua-dua sikap
ini merupakan peranan hati, menunjukkan bahawa syaitan memiliki hati.
Merujuk
kepada penglihatan, syaitan dapat melihat manusia manakala manusia tidak
dapat melihat syaitan. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan
perbezaan ini:
Sesungguhnya syaitan
dan kaumnya melihat kamu
dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat
mereka.
[al-A’raaf 7:27]
Ciri # 4: Syaitan
memiliki suara.
Syaitan juga memiliki
suara dan boleh bercakap-cakap, membantah, menyoal, membisik dan
menghasut dengannya. Semua ini dapat kita ketahui melalui dialog iblis
dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Dan (ingatkanlah
peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada
Adam”,
maka sujudlah mereka melainkan iblis; ia berkata:
“Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah
(yang di adun)?”
Ia berkata
lagi: “Khabarkanlah kepadaku,
inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku?
Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat,
tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya,
kecuali
sedikit (di antaranya).”
Allah berfirman
(kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka,
maka sesungguhnya neraka
Jahannamlah
balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Dan desak serta
pujuklah sesiapa yang engkau dapat
memujuknya dengan suaramu;
dan
kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda
serta yang berjalan
kaki untuk mengalahkan mereka;
dan turut - campurlah dengan mereka dalam
menguruskan harta-benda
dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka
(dengan janji-janjimu).”
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan
itu melainkan tipu daya semata-mata.
[al-A’raaf 17:61-64]
Syaitan menggunakan
suaranya untuk mengganggu manusia dengan pelbagai cara. Antaranya,
bercakap kepada manusia melalui perantaraan batu, pokok, mata air dan
haiwan. Umpama seseorang yang masuk ke hutan, tiba-tiba sebuah batu
bercakap-cakap kepadanya: “Wahai Azlina! Kamu seorang wanita yang
shalihah. Amalan kamu selama ini telah mencukupi. Kini memadai untuk
kamu berzikir sahaja, tanpa perlu solat, puasa zakat dan haji.”
Percakapan tersebut sebenarnya berasal dari syaitan.
Oleh kerana
suara-suara syaitan inilah sebahagian masyarakat menganggap wujudnya
“penunggu” atau “penjaga” di kawasan hutan, air terjun, padang pasir dan
sebagainya. Kemudian ada pula yang memberi petua, apabila memasuki hutan
ucapkanlah selawat kepada nabi sekian-sekian kerana dia adalah
penjaganya. Apabila menghampiri kawasan air terjun ucapkanlah selawat
kepada wali sekian-sekian kerana dia adalah penjaganya. Semua ini
hanyalah tipu daya syaitan untuk menyesatkan umat Islam.
Ciri # 5: Syaitan
memiliki akal.
Berdasarkan bantahan
syaitan kepada Allah, dapat kita mengetahui bahawa syaitan memiliki
akal. Ini
kerana ia telah menggunakan logik akal untuk membantah
perintah Allah, seperti kata-katanya:
·
“Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?”
·
“Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku?”
Akal adalah sesuatu
yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala agar dengan akal
tersebut makhluk dapat mentaati dan melaksanakan perintah larangan-Nya
dengan cara yang tepat dan betul. Sebaliknya jika akal digunakan untuk
mengukur logik atau tidak sesuatu perintah larangan Allah, maka ia
adalah suatu penyimpangan yang mengkhianati kurniaan akal itu sendiri.
Ciri # 6: Syaitan
ketawa.
Syaitan
boleh ketawa. Ini dapat kita ketahui dari hadis berikut:
التَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ
فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ
فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ
الشَّيْطَان.ُ
Menguap adalah
dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap,
tahanlah sedaya
mungkin kerana sesungguhnya
apabila seseorang kalian menguap sambil
berbunyi “Haaa”
Jika tidak dapat
menahan diri dari menguap, maka tutuplah mulut yang sedang menguap
dengan tangan dan jangan mengeluarkan apa-apa bunyi. Dalam sebuah hadis
yang lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita:
إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ فَإِنَّ
الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ.
Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya
kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)
Ada pun bersin, maka
ia disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan perbezaan antara menguap
dan bersin:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا عَطَسَ
فَحَمِدَ اللَّهَ
فَحَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ
وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ
فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ
مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ.
Sesungguhnya
Allah menyukai bersin dan membenci menguap.
Maka apabila (seseorang itu)
bersin maka pujilah Allah
dan merupakan hak bagi setiap muslim yang
mendengar
(saudaranya bersin) untuk mendoakannya.
Ada pun
menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan.
Tahanlah ia semampu
mungkin dan apabila (yang menguap)
Oleh itu Bagi orang
yang bersin, hendaklah dia memuji Allah dengan menyebut:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
“Segala puji
bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”
Bagi yang mendengar
orang bersin, dia berdoa:
يَرْحَمُكَ اللهُ.
“Semoga Allah
merahmati kamu”.
Kemudian bagi yang
bersin, dia menjawab kepada orang yang mendoakannya:
يَغْفِرُ اللهُ لَنَا وَلَكُمْ.
Sekali pun bersin
adalah sesuatu yang disukai, tidaklah bererti seseorang itu boleh bersin
di hadapan muka orang lain, menghamburkan air liurnya atau bersin dengan
suara yang kuat. Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَطَسَ
وَضَعَ يَدَهُ
أَوْ ثَوْبَهُ عَلَى فِيهِ وَخَفَضَ أَوْ غَضَّ بِهَا
صَوْتَهُ.
Apabila
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersin,
baginda meletakkan tangannya atau bajunya
ke atas
mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan
Ciri # 7: Syaitan
memiliki tangan dan jari.
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ
فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ
فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ
وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ.
Apabila
seseorang kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya
dan apabila
minum, maka minumlah dengan tangan kanannya.
Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya
Oleh kerana itu kita
umat Islam sangat-sangat ditekan untuk makan dan minum dengan tangan
kanannya. Penekanan ini turut merangkumi apa jua perkakas yang digunakan
seperti sudu, garpu, chopsticks dan lain-lain, hendaklah semuanya
dipegang dengan tangan kanan.
Pernah
dahulu seseorang yang duduk bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam makan dengan tangan kirinya. Rasulullah menegur: “Makanlah
dengan tangan kanan kamu.” Orang itu menjawab: “Aku tidak mampu.”
Rasulullah menjawab: “Kamu tidak mampu?” Padahal dia enggan tidak lain
kerana kesombongan. Perawi hadis, Salama bin al-Akwa’ radhiallahu
'anh kemudian menerangkan bahawa setelah itu lelaki tersebut tidak
dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya.[9]
Tangan kanannya menjadi lumpuh sejak dia membantah teguran Rasulullah.
Syaitan juga memiliki
jari berdasarkan keterangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
كُلُّ بَنِي آدَمَ يَطْعُنُ الشَّيْطَانُ فِي جَنْبَيْهِ بِإِصْبَعِهِ
حِينَ يُولَدُ
غَيْرَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَهَبَ يَطْعُنُ فَطَعَنَ فِي
الْحِجَابِ.
Setiap anak
Adam (manusia) ketika lahir ditusuk di kedua tepi
badannya
oleh syaitan
dengan jarinya kecuali ‘Isa ibni Maryam,
syaitan hendak
menusuknya tetapi hanya berjaya menusuk uri
Ciri # 8: Syaitan
makan dan minum.
Berdasarkan sabda
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “…sesungguhnya
syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya”,
kita juga dapat mengetahui syaitan makan dan minum.
Syaitan makan apa-apa
yang dibiarkan oleh kita, sama ada yang masih tersisa di pinggan atau
apa yang terjatuh darinya. Oleh kerana itulah Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam menyuruh kita menghabiskan semua makanan dan
mengutip apa yang terjatuh darinya. Tindakan ini bukan sahaja mengelak
makanan tersebut daripada diambil oleh syaitan tetapi untuk kita
memperoleh keberkatan yang sepenuhnya dari makanan tersebut. Anas bin
Malik radhiallahu 'anh berkata:
أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَكَلَ
طَعَامًا لَعِقَ أَصَابِعَهُ الثَّلاًثَ.
قَالَ وَقَالَ: إِذَا سَقَطَتْ
لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْهَا الأَذَى وَلْيَأْكُلْهَا وَلاَ
يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ.
وَأَمَرَنَا أَنْ نَسْلُتَ الْقَصْعَةَ. قَالَ:
فَإِنَّكُمْ لاَ تَدْرُونَ فِي أَيِّ طَعَامِكُمْ الْبَرَكَةُ.
Apabila
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam makan,
baginda menjilat jari-jarinya tiga kali.
Anas berkata, bahawa
Rasulullah bersabda:
“Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh,
hendaklah (dia mengambilnya) dan membersihkan apa-apa kotoran
yang
melekat padanya lalu memakannya.
Janganlah meninggalkannya untuk
syaitan.”
Anas
melanjutkan: “(Rasulullah) juga menyuruh kami
untuk menghabiskan apa-apa
sisa makanan.”
Baginda berpesan: “Ini kerana kalian tidak tahu
Untuk mengelakkan
apa-apa makanan dari tersisa, hendaklah kita sejak dari awal menyukat
jumlah makanan yang diletakkan ke dalam pinggan. Ambil sekadar yang
perlu tanpa berlebih-lebihan. Syaitan akan menghasut kita untuk
mengambil secara berlebihan kerana berlebihan adalah salah satu bentuk
pembaziran dan hubungan antara orang yang membazir dengan syaitan
adalah:
Sesungguhnya
orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan.
[al-Isra’ 17:27]
Selain itu syaitan
minum sambil berdiri.
Pada satu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam melihat seorang yang minum sambil berdiri. Baginda menegur:
“Jangan begitu!” Orang itu bertanya: “Mengapa?” Rasulullah menjawab:
“Adakah kamu suka minum bersama kucing?” Orang ituu menjawab: “Tidak.”
Rasulullah meneruskan:
فَإِنَّهُ قَدْ شَرِبَ مَعَكَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مِنْهُ: الشَّيْطَانُ.
Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu
sesuatu yang lebih buruk darinya, iaitu syaitan.[12]
Oleh itu hendaklah
kita sedaya upaya mengelakkan diri minum sambil berdiri. Jika suasana
tidak mengizinkan, boleh minum sambil berdiri. Ini kerana dalam suasana
terpencil lagi terdesak, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
pernah minum sambil berdiri. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu
'anhuma berkata:
سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ
فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ.
Aku menghidang
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam air zam-zam
Ciri # 9: Syaitan
membuang air kecil.
Syaitan juga membuang
air kecil, khasnya kepada orang yang tidur lena sepanjang malam sehingga
matahari naik. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
ditanya berkenaan orang yang tidur sepanjang malam hingga pagi hari.
Baginda menjawab:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ (أَوْ قَالَ) فِي أُذُنِهِ.
Itu adalah
orang yang syaitan kencing dalam kedua-dua telinganya
atau salah satu
telinganya.
Ciri # 10: Syaitan
memiliki keturunan.
Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman:
Oleh itu,
patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya
sebagai
sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain
daripada-Ku?
[al-Kahf 18:50]
Ciri # 11: Syaitan
memiliki pasukan tenteranya.
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِذَا أَصْبَحَ إِبْلِيسُ بَثَّ جُنُودَهَ فَيَقُول: مَنْ أَضَلَّ مُسْلِمًا أَلْبَسْتُهُ التَّاجَ.
Pada waktu
pagi, iblis mengutus pasukan tenteranya seraya berkata:
“Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang muslim
Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman:
Dan
bertahap-tahaplah dalam memujuk sesiapa yang engkau dapat
dengan
suaramu;
dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda
serta yang
berjalan kaki… [al-Isra’ 17:64]
Dengan pasukan
tentera serta para penyokongnya, syaitan berusaha untuk membuat fitnah
kepada manusia. Lebih hebat fitnah yang dilakukan, lebih besar pangkat
dan anugerah yang dihadiahkan kepada tentera yang berjaya melakukannya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan strategi
ketenteraan ini:
إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ
فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً.
يَجِيءُ
أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ: فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا! فَيَقُولُ: مَا صَنَعْتَ
شَيْئًا. قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ
فَيَقُولُ:
مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى
فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ. قَالَ: فَيُدْنِيهِ مِنْهُ
وَيَقُولُ: نِعْمَ أَنْتَ!.
Sesungguhnya iblis
meletakkan singgahsananya di atas air.
Kemudian dia mengutuskan para
tenteranya (untuk memfitnah manusia).
Di antara para tentera itu, mereka
yang memiliki kedudukan
yang paling hampir dengannya ialah yang paling
hebat dalam membuat fitnah.
Salah seorang dari
tentera itu datang dan berkata:
“Saya telah melakukan sekian-sekian!”
Iblis menjawab: “Kamu belum melakukan apa-apa.”
Kemudian datang seorang
tentera yang lain dan berkata:
“Tidaklah saya meninggalkan (orang yang
saya ganggu) sehinggalah
dia menceraikan isterinya.”
Iblis menghampiri
tentera itu dan berkata: “Anda hebat!”
Di antara pasukan
tentera syaitan ialah manusia, iaitu mereka yang telah berjaya
dipengaruhinya untuk memusuhi Islam dan umatnya. Satu contoh ialah
orang-orang musyrik dalam Perang Uhud yang Allah Subhanahu wa Ta'ala
sebut sebagai penolong (al-Auliya’) syaitan:
Sesungguhnya
yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-
nakutkan
(kamu terhadap)
penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah
kamu
takut kepada mereka,
tetapi takutlah kepada-Ku, jika betul kamu
orang-orang yang
beriman.
[‘Ali Imran 3:175]
Ciri # 12: Syaitan
mencari tempat bermalam.
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ
وَعِنْدَ طَعَامِهِ
قَالَ الشَّيْطَانُ: لاَ مَبِيتَ لَكُمْ وَلاَ عَشَاءَ.
وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ
قَالَ
الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ.
وَإِذَا لَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ
عِنْدَ طَعَامِهِ
قَالَ: أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ.
Apabila seorang itu
memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika
memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada
golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak
juga makanan malam.”
Sebaliknya
apabila seorang itu memasuki rumah
dan tidak mengingati Allah ketika
memasukinya,
berkatalah syaitan (kepada golongannya):
“Kalian telah
mendapat tempat bermalam.”
Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika
makan,
berkatalah (syaitan kepada golongannya):
Demikian juga apabila
kita hendak keluar rumah, maka kuncilah pintu sambil menyebut nama
Allah. Nescaya syaitan tidak akan dapat membukanya. Tutuplah juga
bekas-bekas makan dan minum, nescaya syaitan tidak dapat membukanya dan
mencemarinya. Padamkan juga lampu agar dengan itu syaitan tidak dapat
menyebabkan berlakunya kebakaran. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ
لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ
وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ
اللَّهِ
وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا
مَصَابِيحَكُمْ.
Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah
(dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan
tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah).
Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah,
tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah,
walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya
dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.
Jika syaitan berjaya
memasuki rumah untuk bermalam, syaitan akan bermalam dalam hidung para
penghuni rumah tersebut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
إِذَا اسْتَيْقَظَ (أُرَاهُ أَحَدُكُمْ) مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ
فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى
خَيْشُومِهِ.
Apabila seseorang kalian bangun dari tidurnya dan berwudhu’,
maka (sedutlah air ke dalam hidungnya dan)
hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali
kerana sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidung kalian.[19]
Ciri # 13: Syaitan dapat bergerak pantas.
Makhluk jin dapat
bergerak pantas, sekali pun dengan membawa beban yang amat besar lagi
berat. Ini dapat kita ketahui dari sejarah Nabi Sulaiman ‘alaihi
salam:
Nabi Sulaiman
berkata pula: “Wahai pegawai-pegawaiku,
siapakah di antara kamu yang
dapat membawa kepadaku
singgahsananya
(Puteri Balqis dari Yaman ke
Baitul Maqdis)
sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah
diri
memeluk Islam?”
Berkatalah Ifrit dari golongan jin:
“Aku akan
membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun
dari tempat dudukmu, dan
sesungguhnya aku amatlah kuat
gagah untuk membawanya, lagi amanah.”
[al-Naml 27:38-39]
Syaitan adalah dari
jenis jin dan dengan itu kita mengetahui bahawa ia juga dapat bergerak
pantas. Antara ketika ia bergerak pantas adalah apabila azan dilaungkan:
إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا نُودِيَ بِالصَّلاَةِ وَلَّى وَلَهُ حُصَاصٌ.
Sesungguhnya
syaitan apabila dikumandangkan azan,
Ciri # 14: Syaitan
dapat bergerak dalam badan manusia.
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.
Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan anak Adam
(manusia) seperti aliran darah.
Ciri # 15: Syaitan
dapat mempengaruhi manusia.
Tetap merujuk kepada
hadis di atas berkenaan pergerakan syaitan dalam badan manusia, ia
secara lebih terperinci berlaku ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam sedang beriktikaf di masjid dan isterinya Shafiyyah
radhiallahu 'anha datang menziarahi baginda. Kemudian apabila
Shafiyyah ingin pulang, Rasulullah mengiringinya hingga ke pintu masjid.
Pada saat itu, dua orang sahabat dari kalangan Ansar radhiallahu
'anhuma berlalu dan nampak Rasulullah bersama seorang wanita. Mereka
berdua tidak tahu siapakah wanita tersebut kerana para isteri Rasulullah
memakai tudung yang juga menutupi muka.
Untuk mengelakkan
salah faham, Rasulullah memanggil dua lelaki tersebut dan menerangkan
bahawa wanita yang bersamanya ialah Shafiyyah, isteri baginda. Kedua-dua
lelaki itu menjawab: “Subhanallah!”, seolah-olah bermaksud: “Maha
Suci Allah, tidaklah kami sekali-kali akan berburuk sangka kepadamu
wahai Rasulullah!” Kemudian Rasulullah membalas:
إِنَّ
الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ وَإِنِّي خَشِيتُ
أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا (أَوْ قَالَ) شَيْئًا.
“Sesungguhnya
syaitan bergerak dalam badan manusia seperti aliran
darah.
Sesungguhnya
aku bimbang ia melemparkan keburukan
Rasulullah membalas
dengan menerangkan ciri-ciri syaitan yang mampu bergerak dalam badan
manusia dan mempengaruhi hati manusia untuk berburuk sangka. Kedua-dua
sahabat tersebut pada awalnya tidak berprasangka apa-apa terhadap
Rasulullah. Akan tetapi mungkin sahaja syaitan menyelinap masuk dalam
tubuh mereka beberapa saat kemudian sambil membisikkan sesuatu yang
buruk, konon Rasulullah berdua-duaan dengan wanita yang tidak halal bagi
baginda. Maka sebelum syaitan dapat memasuki dan mempengaruhi dengan
sesuatu yang buruk, Rasulullah menerangkan bahawa wanita tersebut ialah
Shafiyyah, isteri baginda sendiri.
Berdasarkan hadis ini
dapat diketahui ciri-ciri syaitan yang mampu mempengaruhi manusia dengan
sesuatu yang menyelisihi tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia tidak
terhad kepada berburuk sangka tetapi meliputi sikap-sikap lain seperti:
-
Syaitan mempengaruhi pemikiran manusia:
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ مَنْ خَلَقَ
كَذَا؟
حَتَّى يَقُولَ مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَهُ
فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ وَلْيَنْتَهِ.
Syaitan
mendatangi seseorang kalian dan bertanya:
“Siapakah yang mencipta itu?
Siapakah yang mencipta ini?”
sehinggalah ia bertanya: “Siapakah yang
mencipta tuhan kamu?”
Maka jika ia bertanya soalan itu,
mintalah
perlindungan dari Allah dan sudahilah
-
Syaitan berbisik kepada manusia:
Syaitan mampu
berbisik kepada manusia sebagaimana ia mampu berbisik kepada Adam:
Setelah itu
maka syaitan membisikkan kepadanya dengan berkata:
“Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu
pohon yang menyebabkan hidup
selama-lamanya
dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”
[Ta-Ha 20:120]
Bisikan syaitan
lazimnya ke arah sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Atau sesuatu
yang kelihatan seolah-olah selari dengan Islam padahal sebenarnya
bertentangan. Bagi setiap manusia ada di sisinya malaikat dan syaitan,
masing-masing membisikkan sesuatu. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam menjelaskan hakikat ini:
إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً
فَأَمَّا
لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ
وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ
فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ
اللَّهَ
وَمَنْ وَجَدَ الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ
الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
Sesungguhnya bagi setiap anak Adam (yakni manusia)
ada sentuhan
(bisikan) syaitan dan sentuhan (bisikan) malaikat.
Ada pun sentuhan
syaitan, ia mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran.
Manakala sentuhan malaikat, ia mengajak kepada kebaikan dan menegakkan
kebenaran.
Maka sesiapa
yang merasai sentuhan (bisikan) kebaikan,
ketahuilah bahawa ia adalah
dari Allah (melalui perantaraan malaikat)
dan hendaklah dia memuji Allah
(dengan menyebut Alhamdulillah).
Sebaliknya sesiapa yang merasai sentuhan (bisikan) sebaliknya
hendaklah
dia meminta perlindungan Allah daripada syaitan
Satu contoh mudah
ialah adab minum air sebagaimana yang telah diterangkan dalam ciri
syaitan # 8. Ketika anda memegang segelas air untuk minum, tiba-tiba
hati anda berbisik untuk minum sambil duduk. Itu adalah bisikan
malaikat. Kemudian muncul pula bisikan lain yang berkata: “Alaah! Tak
mengapa, seteguk saja. Menyusahkan saja untuk duduk.” Itu adalah bisikan
syaitan. Lawanlah ia dengan mengucap “A’uzubillahi minash syaitan
nirrajim” kemudian duduk dan minumlah.
-
Syaitan mempengaruhi imajinasi manusia:
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ
شَيْطَانٍ
فَإِذَا أَبْصَرَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ
فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ.
Sesungguhnya
seorang wanita tampil dalam gambaran syaitan
dan membelakangi dalam
gambaran syaitan.
Maka jika seseorang kalian melihat wanita (yang dia
tertarik
dengannya),
maka kembalilah kepada isterinya
Dalam hadis di atas,
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan kemampuan
syaitan membentuk gambaran atau imajinasi pada pemikiran seorang lelaki
yang melihat wanita. Semua ini akan menyebabkan lelaki itu mula
mengkhayal secara seksual akan wanita tersebut. Perkara ini tidak saja
dilakukan oleh syaitan kepada lelaki yang melihat wanita tetapi juga
kepada wanita yang melihat lelaki.
Gambaran atau
imajinasi yang dibuat oleh syaitan dapat ditolak dengan masing-masing
kembali kepada pasangannya. Jika belum bernikah atau tidak dapat
kembali, maka jagalah pandangan masing-masing sejak dari awal.
-
Syaitan mempengaruhi tumpuan atau fokus manusia:
Antara tumpuan yang
masyhur diganggu syaitan ialah kekhusyukan ketika solat dan membaca
al-Qur’an. Seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Abi al-‘Ash
radhiallahu 'anh mengadu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang
antaraku dan solat serta bacaan al-Qur’anku, dan ia selalu mengelirukan
aku.” Maka Rasulullah menjawab:
ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ
بِاللَّهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا.
Itulah
syaitan yang disebut sebagai “Khanzab”,
maka apabila merasai
gang-guannya,
mohonlah perlindungan Allah darinya
dan ludahlah ke kiri
sebanyak tiga kali.
‘Utsman bin
al-‘Ash kemudian berkata:
“Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan
gangguan syaitan itu
Syaitan tidak saja
mengganggu tumpuan solat tetapi aja jua aktiviti lain yang dilakukan
kerana agama. Sebagai contoh, apabila anda ingin membaca buku agama,
syaitan akan mengganggu tumpuan anda dengan tangisan bayi, anak yang
meminta perhatian, perasaan mengantuk dan kesukaran untuk faham.
-
Syaitan mempengaruhi motivasi manusia melakukan kebaikan:
Syaitan mampu
mempengaruhi motivasi kita apabila ingin melakukan sesuatu aktiviti demi
kebaikan agama, seperti mengkaji al-Qur’an dan hadis, bersedekah,
membuat kerja sukarelawan, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi
mungkar serta berdakwah kepada orang ramai. Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman:
Dan tidaklah
Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul
atau seorang Nabi melainkan
apabila dia bercita-cita
(untuk kebaikan agama yang dibawanya),
maka
syaitan pun melemparkan hasutannya
mengenai usaha Rasul atau Nabi itu
(dari) mencapai cita-citanya.
[al-Hajj 21:52]
Nah! Jika syaitan
menghasut dan mengganggu para Nabi dan Rasul, sudah tentu syaitan juga
akan menghasut dan mengganggu kita. Oleh kerana itulah, apabila kita
ingin melakukan sesuatu aktiviti demi kebaikan agama, kita merasa sukar
untuk memberi tumpuan penuh kepadanya. Selain itu akan ada saja pelbagai
faktor yang menghalang atau menyukarkan sehingga kita hilang motivasi
untuk meneruskannya. Ketahuilah bahawa semua itu adalah dari syaitan,
maka lawanlah ia. Berhenti dari melakukan aktiviti yang dirancang adalah
tanda mengalah kepada syaitan. Sebaliknya meneruskan apa yang dirancang
dengan penuh motivasi dan dedikasi adalah tanda kemenangan di atas
syaitan.
Antara contoh
aktiviti yang dimaksudkan ialah bersedekah, dimana Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman:
Wahai orang-orang
yang beriman!
Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil
usaha kamu yang baik-baik,
dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan
dari bumi untuk kamu.
Dan janganlah kamu sengaja memilih
yang buruk
daripadanya (lalu kamu dermakan
atau kamu jadikan pemberian zakat),
padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu
(kalau diberikan kepada kamu),
kecuali dengan memejamkan mata padanya.
Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya,
lagi sentiasa Terpuji.
Syaitan
menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan
(jika kamu bersedekah
atau menderma),
dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji
(bersifat bakhil kedekut);
sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan)
keampunan daripada-Nya
serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah),
Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya,
lagi sentiasa Meliputi Pengetahuan-Nya.
[al-Baqarah 2:267-268]
-
Syaitan mempengaruhi manusia dengan sikap terburu-buru.
Jika dalam kes di
atas syaitan mempengaruhi kita dengan sikap negatif seperti malas, tidak
berminat dan tiada motivasi, maka sebaliknya syaitan juga mampu
mempengaruhi kita dengan sikap tergesa-gesa. Akhirnya berlaku apa yang
berlawanan, seperti terlebih bersemangat (over excited),
melampaui batas, mengharapkan hasil serta-merta dan kelam-kabut.
Kemudian apabila apa yang diinginkan tidak menjadi, sikap tergesa-gesa
di atas beralih kepada berputus asa, merungut, menuduh orang lain atas
kegagalan diri sendiri dan sebagainya.
Ada pun Islam, maka
ia menganjurkan sikap yang dipertengahan antara malas dan tergesa-gesa.
Sikap tersebut ialah tenang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
اَلتَّأَنِيْ مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.
-
Syaitan mempengaruhi manusia dengan perasaan cemburu:
Isteri Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam, A’isyah radhiallahu 'anha
menerangkan pada satu malam baginda keluar dari rumahnya dan ini
menyebabkan dia merasa cemburu. Kemudian Rasulullah kembali ke rumah dan
mendapati dia sedang dalam keadaan yang cemburu. Lalu baginda bertanya:
مَا لَكِ يَا عَائِشَةُ؟ أَغِرْتِ؟ فَقُلْتُ: وَمَا لِي لاَ يَغَارُ
مِثْلِي عَلَى مِثْلِكَ؟
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: أَقَدْ جَاءَكِ شَيْطَانُكِ؟
قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوْ
مَعِيَ شَيْطَانٌ؟ قَالَ: نَعَمْ. قُلْتُ: وَمَعَ كُلِّ إِنْسَانٍ؟
قَالَ:
نَعَمْ. قُلْتُ: وَمَعَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: نَعَمْ وَلَكِنْ
رَبِّي أَعَانَنِي عَلَيْهِ حَتَّى أَسْلَمَ.
“Apa jadi
kepada kamu wahai A’isyah? Adakah kamu cemburu?”
“Takkanlah aku
tidak cemburu kepada orang seperti anda?”
Kemudian
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam melanjutkan:
“Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?”
“Wahai
Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan?”
“Ya.”
“Dan (apakah
syaitan itu ada) pada setiap manusia?”
“Ya.”
(Apakah syaitan
juga) bersama kamu wahai Rasulullah?”
“Ya, akan
tetapi Tuhanku telah menolongku darinya
sehingga aku selamat dari
gangguannya.”[29]
-
Syaitan mempengaruhi manusia dengan perasaan marah:
Sulaiman bin Shurd
radhiallahu 'anh berkata:
كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَرَجُلاَنِ يَسْتَبَّانِ
فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ
أَوْدَاجُهُ.
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِنِّي لأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ
لَوْ
قَالَ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.
Ketika
aku sedang duduk bersama Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam,
dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang dari
mereka
menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar.
Maka
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya aku
mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan
nescaya kemarahannya akan
hilang. Iaitu sebutlah
Terdapat dua faktor
di sebalik kemarahan. Pertama ialah faktor peribadi, seperti
orang yang marah kerana kedudukannya tidak dihormati atau kerana
barangnya telah dirosakkan. Ini adalah marah yang tercela dan perlu
dihindarkan. Kedua ialah faktor agama, seperti seorang muslim
yang merasa marah kerana ajaran agamanya dirosakkan oleh muslim yang
lain atau marah apabila umat Islam dizalimi oleh kaum lain. Ini adalah
marah yang terpuji, akan tetapi tidaklah bermakna seseorang itu boleh
terus bertindak kasar kerananya. Yang dituntut ialah tetap tenang dan
berlemah lembut untuk menangani orang yang menyebabnya marah. Sikap
tenang adalah berdasarkan hadis yang dikemukakan sebelum ini:
اَلتَّأَنِيْ مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.
Manakala sikap lemah
lembut adalah berdasarkan hadis:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الأَمْرِ كُلِّهِ.
Jika dirujuk kepada
sirah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, akan ditemui
beberapa ketika baginda marah atas faktor agama. Akan tetapi kemarahan
tersebut tidaklah menyebabkan baginda mengeluarkan kata-kata yang kotor
atau bertindak ganas. Sebaliknya baginda hanya memberi teguran yang
tenang lagi lemah lembut. Satu contoh ialah kisah berikut yang
diriwayatkan oleh Abu Mas‘ud al-Anshari radhiallahu 'anh.
Beliau menceritakan,
seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku pernah mundur dari
solat (berjamaah) disebabkan si-fulan (imamnya) membaca surah yang
panjang.” (Abu Mas‘ud) menyambung: Aku tidak pernah melihat Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam amat dahsyat kemarahannya dalam rangka
memberi nasihat berbanding pada saat itu. Lalu baginda bersabda:
أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ مُنَفِّرُونَ فَمَنْ صَلَّى بِالنَّاسِ
فَلْيُخَفِّفْ
فَإِنَّ فِيهِمْ الْمَرِيضَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ
Wahai manusia!
Sesungguhnya di antara kalian
ada yang membuat orang-orang lari dari
solat berjamaah.
Maka sesiapa yang mengimami manusia,
hendaklah dia
meringankan (memendekkan) bacaan
kerana sesungguhnya di kalangan mereka
(makmum)
-
Syaitan mempengaruhi manusia dengan sifat lupa:
Terdapat dua jenis
lupa. Pertama lupa dalam urusan harian seperti lupa dimana
letaknya anak kunci rumah atau lupa membeli barang tertentu di kedai
runcit. Kedua lupa dalam urusan agama seperti lupa solat atau
hafalan al-Qur’an. Lupa jenis kedua berasal dari syaitan, kerana syaitan
dapat mempengaruhi manusia dengan sifat lupa. Firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala:
Dan apabila
engkau melihat orang-orang
yang memperkatakan dengan cara mencaci atau
mengejek-ejek ayat-ayat Kami,
maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka
memperkatakan soal yang lain;
dan jika engkau dilupakan oleh
syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka),
maka janganlah engkau duduk
lagi bersama-sama kaum yang zalim itu,
sesudah engkau mengingati (akan
larangan itu).
[al-An’aam 6:68]
Walaubagaimana pun
sesetengah kes lupa dari jenis pertama boleh berasal dari pengaruh
syaitan kerana dengan kelupaan tersebut, seseorang itu mungkin menjadi
marah dan merungut. Sikap negatif seperti ini adalah sesuatu yang
disukai oleh syaitan. Maka jika lupa dalam urusan harian, hendaklah
tetap tenang dan seterusnya mencari jalan untuk mengelaknya dari
berulang pada masa akan datang. Satu contoh lupa jenis pertama ini yang
berpunca dari syaitan ialah kisah berikut yang berlaku pada zaman Nabi
Musa ‘alaihi salam:
Temannya
berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi
ketika kita berehat di batu
besar itu?
Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu
dan tiadalah yang
menyebabkan aku lupa
daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan
syaitan;
dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut
dengan cara yang menakjubkan.”
[al-Kahf 18:63]
-
Syaitan mempengaruhi manusia dengan kesakitan:
Penyakit adalah
sesuatu yang lazim dialami oleh manusia. Akan tetapi syaitan turut serta
dengan sesuatu penyakit dengan menambah pengaruh kesakitan, kepayahan,
kesengsaraan dan keluhan yang dialami:
Dan
(ingatkanlah peristiwa) hamba Kami, Nabi Ayub,
ketika dia berdoa merayu
kepada Tuhannya
(ketika menghadapi penyakitnya) dengan berkata:
“Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kesusahan dan siksaan.”
[Shad
38:41]
-
Syaitan mempengaruhi manusia untuk berbuat jahat:
Syaitan mampu
mempengaruhi seseorang atau menghasutnya untuk berbuat jahat. Antara
kejahatan tersebut ialah mengganggu orang yang sedang solat dengan cara
sengaja melintas di hadapannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنْ النَّاسِ فَأَرَادَ
أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى
فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ.
Apabila
seseorang kalian solat dengan menghadap sesuatu
(yang diletakkan)
sebagai penghadang dari (lalu lintas) orang lain,
lalu ada orang yang
hendak melintas di antaranya
dan penghadang itu, maka tahanlah dia.
Jika
dia enggan (dan tetap berkeras untuk melintas)
maka tahanlah dia dengan
lebih tegas
kerana dia tidak lain ialah syaitan.[34]
Dalam hadis di atas,
yang akan melintas di hadapan orang yang sedang solat bukanlah syaitan
tetapi orang yang dipengaruhi atau dihasut oleh syaitan. Ini kerana
dalam sebuah riwayat lain, hadis di atas diakhiri dengan lafaz
“…kerana sesungguhnya syaitan bersama dia.”[35]
Inilah juga yang
dimaksudkan sebagai “syaitan-syaitan manusia” dalam firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dan demikianlah
Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu
musuh dari syaitan-syaitan manusia
dan jin,
setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain
kata-kata
dusta yang indah-indah susunannya
untuk memperdaya pendengarnya.
[al-An’aam 6:112]
Yang dimaksudkan
dengan “syaitan-syaitan manusia” ialah manusia yang
dipengaruhi dan dihasut oleh syaitan untuk berbuat jahat dan menjadi
musuh kepada para Nabi. Penafsiran ini adalah berdasarkan perbezaan asal
usul kedua-duanya, dimana syaitan berasal dari api manakala manusia
berasal dari tanah.
Dalam rangka berbuat
jahat, syaitan bukan sahaja mempengaruhi manusia tetapi juga
mempengaruhi haiwan untuk berbuat jahat kepada manusia. Salah satu
darinya ialah mempengaruhi tikus untuk menjatuhkan lampu-lampu pelita
agar dengan itu dapat berlaku kebakaran di rumah.
‘Abd Allah ibn ‘Abbas
radhiallahu 'anhuma menerangkan bahawa pernah seekor tikus
menolak sebuah lampu pelita sehingga tumbang di atas tikar yang sedang
diduduki oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Lalu terbakarlah tikar tersebut sebesar saiz satu dirham. Melihat yang
sedemikian Rasulullah bersabda:
إِذَا نِمْتُمْ فَأَطْفِئُوا سُرُجَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدُلُّ
مِثْلَ هَذِهِ عَلَى هَذَا
فَتُحْرِقَكُمْ.
Apabila kalian
hendak tidur maka padamkanlah lampu pelita kalian
kerana sesungguhnya syaitan menunjuki ini (tikus) kepada itu (lampu pelita)
Demikian beberapa
kemampuan syaitan untuk mempengaruhi manusia. Selain apa yang disebut di
atas, syaitan juga mampu mempengaruhi dengan sikap-sikap buruk yang
lain. Tidak ketinggalan ialah sikap-sikap yang menyebabkan ia diusir
dari langit, iaitu ujub, menghina, mengunggulkan akal di atas wahyu dan
mempersoalkan wahyu.
Dalam
kehidupan harian kita, sudah pasti satu atau lebih dari sikap-sikap di
atas mempengaruhi kita. Pada waktu pagi kita mungkin marah, pada waktu
petang kita mungkin cemburu, pada waktu petang kita mungkin berburuk
sangka dengan rakan dan pada waktu malam kita mungkin merasa malas untuk
pergi ke kuliah agama. Semua ini adalah pengaruh syaitan, maka lawanlah
ia dengan mengucap “A’uzubillahi minash syaitan nirrajim” dan
tinggalkan sikap-sikap yang buruk tersebut.
Ciri # 16: Syaitan
dapat merasuk manusia.
Dalam dua ciri di
atas, kita telah mempelajari kemampuan syaitan untuk bergerak dalam diri
manusia dan melakukan pelbagai pengaruh ke atas manusia yang
dimasukinya. Dalam suasana itu manusia yang dipengaruhi masih dalam
keadaan yang normal. Akan tetapi adakalanya syaitan dapat mempengaruhi
manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah lakunya, menjadi
seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai kerasukan atau
histeria. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tentang kemampuan
syaitan ini:
Orang-orang
yang memakan (mengambil) riba
tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya
orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang
kerana
sentuhan (syaitan) itu.
[al-Baqarah 2:275]
Kerasukan tidak saja
terhad kepada orang yang melibatkan diri dalam urusniaga riba, tetapi
meluas kepada pelbagai keadaan yang lain. Merujuk kepada persoalan
kerasukan dan hubungkaitnya dengan syaitan, manusia terbahagi kepada
tiga golongan:
-
Mereka yang menafikannya. Golongan ini berkata, kerasukan tidak berpunca dari syaitan sebaliknya berpunca dari penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan hormon, tekanan jiwa (stress) dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini dapat dihentikan dengan mengambil ubat.
-
Mereka yang berlebih-lebihan. Golongan ini mengakui bahawa kerasukan berpunca dari syaitan. Akan tetapi mereka berlebih-lebihan dalam menyandarkannya kepada syaitan sehingga apa jua perubahan tingkah laku (behaviour) yang dihadapi oleh seseorang, mereka menganggapnya sebagai kerasukan syaitan.
-
Mereka yang berada di pertengahan antara golongan pertama dan kedua. Golongan ketiga ini berkata kerasukan boleh berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan. Maka kerasukan pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua (syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat dan zikir.
Ada pun hujah
golongan pertama bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka
membuktikannya dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang
berlaku dalam badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini,
mereka dapat menunjuk secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami
gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila
diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.
Akan tetapi, sekali
pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap timbul satu
persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan:
Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar
merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat
dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah
kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?
Jawapannya dapat
diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki
tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan
keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak
dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse),
menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel
tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor
and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan
diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri
syaitan yang dikupas dalam bab ini.
Walaubagaimana pun,
ini tidaklah bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca
dari syaitan. Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi
pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia
tua dan sebagainya. Maka tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa
semua perubahan kelakuan berpunca dari syaitan.
Yang benar adalah
bahawa kerasukan mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga
berpunca dari syaitan. Maka apa yang berpunca dari penyakit, ia
dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor pakar manakala apa
yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar
oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti
sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua
kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.
Seterusnya, peranan
syaitan dalam menyebabkan kerasukan kepada manusia terbahagi kepada dua
kategori:
Kategori Pertama:
Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan kemahuannya sendiri.
Sengaja syaitan merasuk manusia untuk menyesatkannya, mengkafirkannya,
mensyirikkannya dan memasukkan mangsa tersebut ke dalam neraka. Semua
ini dapat dicapai oleh syaitan apabila mangsa atau orang di
sekelilingnya cuba mengubati kerasukan itu dengan cara yang berbeza dari
tunjuk ajar Rasulullah, bahkan dengan cara yang dilarang oleh Islam.
Kategori Kedua:
Kerasukan
yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan perintah tuannya. Ini disebut
sebagai sihir. Sihir adalah satu tindakan jahat yang memerlukan dua
unsur utama:
-
Manusia sebagai ahli sihir sekali gus merangkap jawatan “Tuan”.
-
Syaitan sebagai khadam yang melakukan kerja sihir yang diperintah oleh tuannya.
Melalui sihir syaitan
dapat mencapai beberapa objektifnya. Secara terperinci:
·
Objektif
Menyesatkan:
Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka tidak tahu
cara perubatan sahih yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Mereka berjumpa dengan mana-mana bomoh atau ustaz yang
masyhur di sisi masyarakat untuk berubat dan menerima apa saja kaedah
perubatan yang diberikan olehnya. Bahkan mereka tidak tahu apakah maksud
jampi-jampian yang dibacakan ke atas mereka. Akibatnya, mereka telah
meninggalkan jalan Rasulullah kepada jalan lain yang menyesatkan.
·
Objektif Memusyrikkan:
Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka meletakkan
keyakinan bahawa pengaruh kesembuhan adalah dari bomoh atau ustaz yang
sedang mengubatinya beserta bacaan-bacaan jampi mereka. Padahal
satu-satunya pengaruh untuk kesembuhan ialah Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Apabila keyakinan seseorang terhadap kuasa yang dapat
memberi manfaat dan mudarat kepadanya beralih dari Allah kepada sesuatu
yang lain, dia telah syirik kepada Allah.
·
Objektif Mengkafirkan:
Satu contoh mudah, apabila Jamal ingin berbuat jahat kepada Jamilah, dia
akan menemui seorang ahli sihir bernama Ahmad dan menyampaikan hajatnya.
Ahmad akan memerintah khadamnya, yakni syaitan, untuk membuat apa yang
dihajatkan oleh Jamal ke atas Jamilah. Perbuatan itu pelbagai, dari
muntah darah, gangguan pemikiran sehinggalah kepada kerasukan. Inilah
yang lazim disebut sebagai “kena buat orang!”
Untuk melawan buatan
sihir itu, Jamilah akan pergi menemui seorang ahli sihir lain bernama
Kamal dan menyampaikan hajatnya. Kamal akan memerintahkan khadamnya,
yakni syaitan, untuk membuatkan apa yang dihajatkan oleh Jamilah ke atas
Jamal. Demikianlah ia berulang antara Jamal dan Jamilah.
Dalam contoh di atas,
syaitan berjaya mengkafirkan kesemua Jamal, Jamilah, Ahmad dan Kamal.
Sekali pun syaitan disebut sebagai “khadam”, sebenarnya ia adalah tuan
kepada semua yang terbabit, termasuklah Ahmad dan Kamal. Syaitan hanya
berpura-pura menjadi khadam asalkan dengan itu tercapailah objektifnya
untuk mengkafirkan manusia.
Sesiapa saja yang
terlibat dengan sihir, sama ada untuk menyihir atau melawan sihir dengan
sihir, akan menjadi kafir berdasarkan firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala:
Mereka mengikut
ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan
dalam masa
pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan
sihir yang menyebabkan kekufuran itu,
akan tetapi syaitan itulah yang
kafir (dengan amalan sihirnya);
Kerana
merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir
dan apa yang diturunkan
kepada dua malaikat:
Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),
sedang
mereka berdua tidak mengajar seseorang pun
melainkan setelah mereka
menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),
oleh itu janganlah engkau menjadi kafir
(dengan mempelajari sihir).”
[al-Baqarah 2:102]
.
Objektif
memasukkan ke dalam neraka:
Orang yang berurusan dengan sihir akan menerima padah yang buruk di
Hari Akhirat, termasuk diazab di dalam neraka. Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman:
Dan sebenarnya
mereka mempelajari perkara (sihir)
yang hanya membahayakan mereka
dan
tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan demi sesungguhnya mereka
telahpun mengetahui
bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu,
tidaklah
lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat.
Demi sesungguhnya amat
buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,
kalaulah mereka
mengetahui.
[al-Baqarah 2:102][37]
Ciri # 17: Syaitan
dapat mempengaruhi mimpi manusia.
Syaitan bukan sahaja
mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ
فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ
وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
Mimpi
yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari
syaitan.
Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang
menakutkannya,
hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta
perlindungan
dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia
(mimpi
tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.[38]
Mimpi buruk dari
syaitan tidak terhad kepada sesuatu yang mengerikan (nightmare)
sahaja. Dalam rangka mempengaruhi mimpi manusia, syaitan adakalanya
menjelma sebagai seorang syaikh, wali atau tuan guru lalu menyampaikan
sesuatu ajaran agama, seperti zikir-zikir dan amal ibadah yang menyalahi
apa yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Orang yang sedang bermimpi menduga dia telah mendapat mimpi yang baik
dari Allah padahal yang benar dia mendapat mimpi yang buruk dari
syaitan. Dia menyangka telah mendapat satu syari‘at khusus dari Allah
berbanding syari‘at awam yang dibawa oleh Rasulullah, padahal yang dia
dapati hanyalah syari‘at kesesatan dari syaitan.
Berkaitan mimpi,
ramai orang yang salah faham tentang hadis Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam:
مَنْ رَآنِي فَقَدْ رَأَى الْحَقَّ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ
يَتَكَوَّنُنِي.
Sesiapa yang
melihat aku dalam mimpi maka sungguh dia telah
melihat dengan benar
kerana syaitan tidak dapat menyerupai aku.[39]
Mereka menganggap
siapa jua yang mereka temui dalam mimpi yang memiliki ciri-ciri
berjambang, memakai serban dan jubah putih serta menaiki unta dalam
suasana padang pasir atau sedang berteduh di bawah pohon kurma, maka
orang itu ialah Rasulullah.
Memang benar bahawa
syaitan tidak boleh menjelma sebagai Rasulullah. Akan tetapi syaitan
boleh menjelma sebagai seseorang lain lalu orang yang bermimpi mendakwa
itu adalah Rasulullah. Lebih-lebih lagi apabila orang itu sendiri
sebelum tidur melakukan sekian-sekian zikir dan selawat yang dipercayai
boleh menghadirkan Rasulullah dalam mimpinya. Maka syaitan datang
menjelma dalam mimpi sebagai seseorang yang berjambang, berserban,
berjubah dan menaiki unta, lalu segera dianggap oleh orang yang
bermimpi: Itu adalah Rasulullah.
Ciri # 18: Syaitan
dapat beraktiviti.
Syaitan adalah satu
makhluk yang memiliki kemahiran membuat, bertindak dan beraktiviti.
Antara aktiviti tersebut ialah membuat bangunan dan menyelam untuk Nabi
Sulaiman ‘alaihi salam:
(Sulaiman berdoa):
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku
dan kurniakanlah kepadaku sebuah
kerajaan
yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;
sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.”
Maka (Kami kabulkan
permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya
menggunakan angin yang bertiup
perlahan-lahan menurut kemahuannya,
ke arah mana sahaja yang hendak
ditujunya.
Dan (Kami mudahkan
bagi Sulaiman memerintah) syaitan:
golongan-golongan yang pandai
mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam.
[Shad 38:35-37]
Jika syaitan mampu
membina bangunan dan menyelam, maka mudah sangatlah bagi ia untuk
melakukan aktiviti yang dianggap masyarakat sebagai satu mukjizat atau
Karamah seperti air yang tiba-tiba mengalir keluar dari tanah
yang tandus, makanan yang datang dari arah kubur seorang syaikh,
al-Qur’an yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya, lampu atau pelita
yang menyala dan padam dengan sendirinya dan aktiviti-aktiviti lain yang
di luar adat kebiasaan.
Syaitan melakukan
semua itu kerana dua sebab:
-
Syaitan tersebut dipelihara oleh tuannya dan tuannya ingin agar masyarakat menghormati dia dan menganggap dia sebagai wali. Maka dia mengarahkan syaitan peliharaannya melakukan aktiviti-aktiviti di luar adat kebiasaan untuk memberi pengaruh kepada masyakarat. Dengan ketipan jarinya, lampu akan menyala. Dengan tepukan tangan, rumah jiran yang condong ditiup angin kuat kembali tegak. Dengan satu senyuman, gadis yang kerasukan tiba-tiba sembuh dan tersenyum. Dengan mengangkat kedua tangannya, perahu yang tenggelam di laut dalam akan timbul. Bahkan syaitan mampu membawanya terbang dan bergerak pantas (Lihat Ciri # 13). Fenomena terakhir ini lazim dilakukan oleh pakar-pakar seni mempertahankan diri dimana mereka boleh terbang sambil melawan atau mengejar musuh. Ia juga dilakukan oleh para syaikh tareqat: sarapan di Masjidil Haram, makan tengahari di Masjidil Aqsa, minum petang di Kandahar, makan malam di rumahnya. Semua ini akan menyebabkan masyarakat memandang mereka sebagai seorang wali Allah.
-
Syaitan ingin menyesatkan masyarakat setempat dan membawa fitnah kepada seorang hamba yang shalih. Maka syaitan menerbitkan mata air di tanah tandus berhampiran rumah orang shalih itu, menempatkan awan di atas rumahnya agar sentiasa teduh, mengarahkan angin untuk meniup daun-daun kering dari laman rumahnya dan membuka pintu pagar bagi sesiapa yang berhajat untuk mengunjunginya. Aktiviti-aktiviti di luar adat kebiasaan sebegini akan menyebabkan masyarakat segera menganggap orang shalih tersebut sebagai wali Allah.
Dalam kedua-dua kes
di atas, apabila masyarakat mula menganggap seseorang itu sebagai wali
Allah, mereka akan bersegera mengambil berkat darinya, meminta air jampi
darinya, berdoa dengan perantaraannya, menggantung potretnya dan
bersolat dengan menghadap gambarnya. Dengan semua ini tercapailah
objektif syaitan untuk menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan
mereka ahli neraka.
Khusus kepada kes
kedua, ia lazim berlaku kepada para shaikh tasawuf. Mereka asalnya ialah
para hamba Allah yang shalih lagi bertaqwa, yang mendisiplinkan diri
untuk beribadah kepada Allah secara bersungguh-sungguh. Kemudian syaitan
datang melakukan beberapa aktiviti di luar adat kebiasaan di
sekelilingnya sehingga masyarakat menganggap dia adalah seorang wali
Allah. Dari sini mulalah mereka mengagungkan dia dengan pelbagai amalan
bid‘ah dan cerita-cerita fantasy. Akhirnya seorang hamba Allah
yang shalih telah diangkat oleh masyarakat menjadi super wali dan
pelbagai pemikiran serta amalan yang syirik dilakukan atas namanya.
Ciri # 19: Syaitan
dapat ditangkap.
Abu Darda
radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bangun untuk bersolat, lalu ketika sedang solat,
baginda berkata:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ.
“Aku berlindung
kepada Allah dari engkau!”.
Kemudian baginda berkata:
أَلْعَنُكَ بِلَعْنَة اللَّهِ.
“Aku melaknat
engkau dengan laknat Allah!”
Sebanyak
tiga kali, sambil menghulurkan tangan seolah-olah ingin
menangkap
sesuatu.
Apabila baginda selesai solat, kami bertanya:
“Wahai Rasulullah! Kami mendengar kamu berkata dalam solat
sesuatu yang tidak
pernah kami dengar kamu memperkatakannya
(ketika sedang solat) dan kami
melihat kamu menghulurkan tangan.”
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:
إِنَّ عَدُوَّ اللَّهِ إِبْلِيسَ جَاءَ بِشِهَابٍ مِنْ نَارٍ لِيَجْعَلَهُ
فِي وَجْهِي
فَقُلْتُ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ.
ثُمَّ
قُلْتُ: أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ التَّامَّةِ فَلَمْ يَسْتَأْخِرْ
ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ أَرَدْتُ أَخْذَهُ
وَاللَّهِ لَوْلاَ دَعْوَةُ
أَخِينَا سُلَيْمَانَ لأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ وِلْدَانُ أَهْلِ
الْمَدِينَةِ.
Sesungguhnya musuh
Allah, yakni iblis, datang dengan membawa api
untuk dilemparkan ke muka
aku.
Maka aku mengucap: “Aku berlindung kepada Allah dari engkau!”
tiga
kali.
Kemudian aku mengucap: “Aku melaknat engkau dengan laknat
Allah!”
akan tetapi dia tidak mengundur diri. Kemudian aku bermaksud
untuk
menangkapnya.
Demi Allah! Jika bukanlah kerana doa saudara kami Sulaiman
nescaya ia akan terikat sehingga pagi
dan dijadikan mainan anak-anak
warga Madinah.[41]
Berdasarkan hadis di
atas, syaitan adalah satu makhluk yang boleh ditangkap, dikurung dan
diikat. Hanya dari sudut syari‘at tindakan menangkap, mengurung dan
mengikat makhluk jin dan syaitan tidak dibenarkan disebabkan oleh doa
Nabi Sulaiman ‘alahi salam yang telah dikemukakan sebelum ini:
(Sulaiman berdoa):
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku
dan kurniakanlah kepadaku sebuah
kerajaan
yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;
sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.”
[Shad 38:35]
Berdasarkan doa ini,
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menangkap iblis
sekali pun baginda mampu melakukannya. Ini kerana tindakan tersebut
hanya dibolehkan kepada Nabi Sulaiman dan dilarang kepada selainnya,
termasuk Rasulullah dan umat baginda.
Bagi Rasulullah dan
umat baginda, Allah yang akan mengikat iblis sekali setahun, iaitu
sepanjang bulan Ramadhan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ
أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ.
Apabila masuk bulan
Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka,
pintu-pintu neraka ditutup dan
syaitan diikat.[42]
Berdasarkan hadis di
atas juga dapat kita bezakan bahawa orang-orang yang memelihara atau
menggunakan khidmat jin dan syaitan, mereka sebenarnya tidak mengikuti
ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Jin dan syaitan sengaja membiarkan diri
mereka diikat dan dijadikan khadam oleh tuannya agar dengan itu mereka
dapat menjerumuskan tuan mereka ke dalam kesesatan.[43]
Ciri # 20: Syaitan
memiliki waktu kegemaran.
Orang tua kita lazim
berpesan, jangan bermain di luar ketika waktu senja. Pesanan ini berasal
dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ (أَوْ قَالَ جُنْحُ اللَّيْلِ) فَكُفُّوا
صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ
تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ
سَاعَةٌ مِنْ الْعِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ.
Apabila malam
menjelang tiba maka tahanlah anak-anak kalian (dari keluar)
kerana
sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran.
Ciri # 21: Syaitan
memiliki tempat kegemaran.
Syaitan juga memiliki
tempat kegemarannya, atau apa yang dapat disebut sebagai tempat
melepaknya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لاَ تَكُونَنَّ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ وَلاَ
آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ مِنْهَا
فَإِنَّهَا مَعْرَكَةُ الشَّيْطَانِ وَبِهَا
يَنْصِبُ رَايَتَهُ.
Selagi mampu,
janganlah menjadi orang yang pertama memasuki
pasar
dan janganlah
menjadi orang terakhir keluar dari pasar
kerana sesungguhnya pasar
adalah medan tempur syaitan
dan di situlah benderanya dicacak.[45]
Pada zaman kini pasar
bukan sahaja merujuk kepada tempat menjual ikan dan sayur tetapi meluas
kepada pasaraya, pusat membeli belah dan bursa saham.
Jangan Pernah Merasa
Sempurna
03 November 2011 10:21:57 Diperbarui: 26 Juni 2015 00:06:24 Dibaca : 546
Komentar : 3 Nilai : 0
Sempurnakah kita dalam hidup ini, kalau menurutku kita tidak pernah
sempurna karena kehidupan tidak pernah berhenti dari waktu ke waktu
terus berkembang. Seseorang yang merasa sempurna adalah pangkal dari
datangnya mara bahaya karena terhitung sejak hati mengatakan kita telah
sempurna maka mandeklah usaha kita untuk terus memperbaiki kulitas hidup
terutama kualitas iman. Sempurna artinya telah lengkap atau telah
selesai dibangun sehingga sudah menjadi selesai. Apabila hal ini terjadi
dalam konteks keimanan berarti akan terjadi surutnya keimanan kita
karena tidak lagi berkeinginan berusaha meningkatkannya.
Mereka yang merasa sempuran akan menjadi lupa diri siapa mereka
sebenarnya dan itulah yang terjadi pada iblis yang terkutuk, merasa
lebih sempurna dari mahluk ciptaan Tuhan yangnamannya manusia sehingga
dia terjebak dalam kesombongan dan runtuh hancur berantakan Tauhid
kepada Allah. Merasa telah sempurana juga dialami oleh Fir’un sehingga
hilang juga pengakuan Tauhidnya bahkan dia menganggap diri nya adalah
Tuhan dia pun sama dengan iblis jatuh dalam pelukan kesombongan.
Hati hati dengan perasaan merasa sempurna karena bisa menyesatkan
sehingga kita temukan aliran didalam masyarakat yang meyakini dia telah
mencampai kesempurnaan beribadah sehingga gurunya mengatakan kamu tidak
perlu lagi sholat cukup dengan mengingat Allah. Juga mungkin terjadi
mereka yang merasa sempurna menganggap orang lain tidak sempurna
sehingga mengecilkan dan merendahkan orang lain, maka mereka juga
terjerembab dalam pangkuan kesombongan dan syetan tertawa terbahak bahak
sambil bertepuk tangan meriah.
Merasa sempurna juga mampu menyetop orang untuk belajar lagi karena
menganggap semua yang dimilikinya sudah lengkap dan sempurna jadi dia
akhirnya berhenti meningkatkan kualitas tauhidnya bahkan terjerembab
dalam jalan kelam dan menyesatkan dengan kesempurnaan yang dia rasakan
dalam hatinya. Sungguh kasihan manusia yang merasa telah menjadi manusia
sempurnan dan paripurna karena hakekatnya kesempurnaan itu hanyalah
milik Allah bukan milik mahluk ciptaan Nya. Oleh karenanya jangan pernah
merasa puas dan merasa telah sempura dalam beribadah kepada Allah sebab
sekali kita merasa sempurna maka saat itu rasa kesempurnaan itulah yang
akan meluluh lantakan keimanan dan keyakinan kita dan perlu diingat
bahwa tidak mahluk lain yang sempurna di muka bumi kecuali Allah SWT.
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/kedamaianhati/jangan-pernah-merasa-sempurna_55091030a3331124632e3ab6
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/kedamaianhati/jangan-pernah-merasa-sempurna_55091030a3331124632e3ab6
Jangan Pernah Merasa
Sempurna
03 November 2011 10:21:57 Diperbarui: 26 Juni 2015 00:06:24 Dibaca : 546
Komentar : 3 Nilai : 0
Sempurnakah kita dalam hidup ini, kalau menurutku kita tidak pernah
sempurna karena kehidupan tidak pernah berhenti dari waktu ke waktu
terus berkembang. Seseorang yang merasa sempurna adalah pangkal dari
datangnya mara bahaya karena terhitung sejak hati mengatakan kita telah
sempurna maka mandeklah usaha kita untuk terus memperbaiki kulitas hidup
terutama kualitas iman. Sempurna artinya telah lengkap atau telah
selesai dibangun sehingga sudah menjadi selesai. Apabila hal ini terjadi
dalam konteks keimanan berarti akan terjadi surutnya keimanan kita
karena tidak lagi berkeinginan berusaha meningkatkannya.
Mereka yang merasa sempuran akan menjadi lupa diri siapa mereka
sebenarnya dan itulah yang terjadi pada iblis yang terkutuk, merasa
lebih sempurna dari mahluk ciptaan Tuhan yangnamannya manusia sehingga
dia terjebak dalam kesombongan dan runtuh hancur berantakan Tauhid
kepada Allah. Merasa telah sempurana juga dialami oleh Fir’un sehingga
hilang juga pengakuan Tauhidnya bahkan dia menganggap diri nya adalah
Tuhan dia pun sama dengan iblis jatuh dalam pelukan kesombongan.
Hati hati dengan perasaan merasa sempurna karena bisa menyesatkan
sehingga kita temukan aliran didalam masyarakat yang meyakini dia telah
mencampai kesempurnaan beribadah sehingga gurunya mengatakan kamu tidak
perlu lagi sholat cukup dengan mengingat Allah. Juga mungkin terjadi
mereka yang merasa sempurna menganggap orang lain tidak sempurna
sehingga mengecilkan dan merendahkan orang lain, maka mereka juga
terjerembab dalam pangkuan kesombongan dan syetan tertawa terbahak bahak
sambil bertepuk tangan meriah.
Merasa sempurna juga mampu menyetop orang untuk belajar lagi karena
menganggap semua yang dimilikinya sudah lengkap dan sempurna jadi dia
akhirnya berhenti meningkatkan kualitas tauhidnya bahkan terjerembab
dalam jalan kelam dan menyesatkan dengan kesempurnaan yang dia rasakan
dalam hatinya. Sungguh kasihan manusia yang merasa telah menjadi manusia
sempurnan dan paripurna karena hakekatnya kesempurnaan itu hanyalah
milik Allah bukan milik mahluk ciptaan Nya. Oleh karenanya jangan pernah
merasa puas dan merasa telah sempura dalam beribadah kepada Allah sebab
sekali kita merasa sempurna maka saat itu rasa kesempurnaan itulah yang
akan meluluh lantakan keimanan dan keyakinan kita dan perlu diingat
bahwa tidak mahluk lain yang sempurna di muka bumi kecuali Allah SWT.
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/kedamaianhati/jangan-pernah-merasa-sempurna_55091030a3331124632e3ab6
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/kedamaianhati/jangan-pernah-merasa-sempurna_55091030a3331124632e3ab6
No comments:
Post a Comment