Segala kebahagiaan adalah dari-NYA. Segala penderitaan berpunca apabila kita mulai menjauhi-NYA kerana tergoda dan terperangkap dalam jerat-jerat syaitan yang menipu daya dan menyesatkan manusia. Setiap detik kita perlu akur dengan kelemahan diri, rendahkan hati beristighfar menjernihkan kembali suasana yang keruh yang merencatkan kesuburan iman.. Istiqomah di dalam ketaqwaan kerana orang bertaqwa itu akan terlepas dari tipu daya syaitan.
Renungilah Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya orang yang
bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat
kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan
mereka." (Al A'raf: 201)
Yakinlah sesungguhnya orang bertaqwa juga lepas daripada tipu daya musuh lahir sama ada orang kafir mahupun orang munafik. Firman Allah maksudnya: "Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Ali Imran: 120)
Buatlah keputusan 'melupuskan' segala kenangan pahit dengan redha dan pasrah baru ada kesan mudahnya bangkit Tahajjud. Nak berdamping dengan Allah mesti dengan 'husnul zhon' sebaik-baik sangkaan kepada semua Qadha dan Qadr Allah. Hidup ini sungguh indah jika semua manusia ikut saja apa yang Allah aturkan tanpa sebarang sungutan atau complain.
Hayati hakikat ikhlas dan pasrah. Mana boleh, kita mesti capai apa yang patut capai. Macam-macam yang kita nak capai. Kadang-kadang cara kita berdoa juga menyebabkan kita 'gagal' dalam ujian mendapat Redha Allah. Semasa berdoa, muhasabah selalu "Nak capai apa yang kita mahu atau minta Allah permudahkan kita capai yang DIA nak beri?" Bila kita doa mohon Allah kurniakan apa yang kita nak, belum tentu doa itu Allah suka atau redha. Maka dari situlah datangnya 'stress' bila kita diuji tak dapat capai apa yang kita mahu.
Cubalah ubah paradigm mohon Allah kurniakan yang terbaik untuk kita di sisi-NYA setelah berpuluh-puluh tahun kita seolah-olah mengarah dan mengajar Allah penuhi apa yang kita mahu. Akan dapat rasa nikmatnya jika kita pasrah ikut apa yang Allah aturkan. Susahnya nak bangun tahajud mungkin kerana ada pengalaman-pengalaman pahit seperti kebencian, kesal, tak redha sentiasa mengiringi kehidupan kita. Lupuskannya sebelum Allah jemput kita kembali ke Rahmatullah. Besar harapan tidak akan dapat rasa nikmatnya kemanisan iman jika masih ada rasa negatif itu bersarang berpuluh-puluh tahun dalam diri menunjukkan petanda 'gagal' atau tak lulus dengan ujian Qadha dan Qadr Allah.

No comments:
Post a Comment