1. Sentiasa
mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan
hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan
memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan
penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa
bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam,
budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
2. Tidak
menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar
sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai
lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan
kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan
kepada insan lain.
Sehubungan
dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak
beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat
bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah
SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman
(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Dalam hadis
yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “ Tidak masuk
syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan
tenteram) lantaran kejahatannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur.
5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.
6. Menyintai
mereka seperti mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian
kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi
kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan
sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak
sukai.
7. Sentiasa
mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang
mereka hadap,i sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan,
kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, ,
kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang
mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan
yang lebih mesra dan lebih akrab.
8. Tidak
memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah
sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai, termasuklah menghargai
dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan
yang diberikan.
9. Mengutamakan
jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran
terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama
ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran.
Pertama, jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai
tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. Kedua, jiran
Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim
dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.
10. Sentiasa
berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria
dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah
SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang
baik’.
11. Sentiasa
memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan
serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,
anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.
12. Elakkan
sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya,
kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita
untuk menyelesaikannya.
13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.
14. Rasakan
kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan
zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat
rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan
sebagainya.
15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.
16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.
17. Sentiasa
bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dillakukan oleh jiran,
sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala
kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut,
sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.
18. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.
19. Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.
20. Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.
21. Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.
22. Memberikan segala bentuk pinjaman yang mereka perlukan.
23. Berlemah-lembut dengan anak-anaknya.
24. Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.
25. Mengucapkan tahniah ketika sempena-sempena tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.
26. Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa mala petaka dan bencana.
27. Tidak
membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam
rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya. Jangan
menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang
laluan ke rumah mereka.
28. Tidak
menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari
rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan
tersebut untuk mereka nikmati.
29. Menghadiahkan mereka dengan buah-buahan yang kita beli.
30. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran
No comments:
Post a Comment