Thursday, 5 May 2016

TIADA DAYA DAN UPAYA SELAIN DGN PERTOLONGAN ALLAH


Wahai orang yang mengeluh kerana susah tidur, yang menangis kerana sakit, yang bersedih kerana sebuah tragedi, dan yang berduka kerana suatu musibah, sebutlah nama-Nya yang suci. Wahai yang fikirannya tertutup mendung tebal dan kelam, ingatlah kepada Allah, pasti menemukan kebahagiaan. Wahai yang sedang diliputi kesedihan dan bimbang serta rasa murung, ingatlah kepada Allah, nescaya menjumpai kegembiraan. Wahai yang dibebani kesulitan terbeban permasalahan, ingatlah kepada Allah, maka rasa aman pasti didapatkan. Wahai yang hatinya hancur, ingatlah kepada Allah, nescaya akan tenang.
Berdzikir adalah syurga Allah di bumi-Nya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurga-Nya di akhirat kelak.
Berdzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan bebanan.
Berdzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan.
Dzikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki.
Dengan berdzikir kepada Allah, awan ketakutan, kerisaun, kecemasan dan kesedihan akan sirna.
Dengan berdzikir kepada Allah, segunung bebanan dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya.
Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang. Ketika hati resah kerana kotoran debu-debu dunia, maka dzikir ibarat air jernih yang akan membasuhnya hingga bersih...

No comments:

Post a Comment