Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud:
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
(Hadis Riwayat Muslim)
"Ustaz, sekiranya ada orang yang mengumpat atau mengata kita di belakang, apa yang harus kita buat?"
Lalu, jawapan yang diberikan oleh ustaz adalah begini.
Terdapat 2 asbab menyebabkan kita diumpat oleh orang.
Yang pertamanya adalah kita suka mengumpat orang lain. Mengata akan hal itu, hal ini. Memburukkan itu, menjelekkan yang ini. Begitulah seterusnya. Mengumpat seringkali dikaitkan dengan kaum perempuan. Kalau orang perempuan duduk sekali, tunggulah. Pasti ada bibit-bibit yang membicarakan hal orang lain. Berbeza dengan kaum lelaki. Tetapi, kaum lelaki juga ada yang mengumpat. Masing-masing lebih tahu akan fitrah masing-masing. Ye dak?
Yang pertamanya adalah kita suka mengumpat orang lain. Mengata akan hal itu, hal ini. Memburukkan itu, menjelekkan yang ini. Begitulah seterusnya. Mengumpat seringkali dikaitkan dengan kaum perempuan. Kalau orang perempuan duduk sekali, tunggulah. Pasti ada bibit-bibit yang membicarakan hal orang lain. Berbeza dengan kaum lelaki. Tetapi, kaum lelaki juga ada yang mengumpat. Masing-masing lebih tahu akan fitrah masing-masing. Ye dak?
Yang kedua, sekiranya kita diumpat oleh orang lain, bermakna Allah ingin
menguji kita. Dan turut diberikan doa kepada orang yang diumpat ini.
Sekiranya ada yang mengumpat akan diri kita, maka bacalah doa ini.
"Hazaa min fadhli robbi"
Tetapi, perlu diingatkan bahawa terdapat mengumpat yang diharuskan di
dalam Islam.
Perkara berikut telah dibahagikan kepada kepada 6 keadaan yang
membolehkan 'mengumpat' ini. Sila semak dengan teliti. Jangan main
serkap jarang pulak naa. BAHAYA!
Imam al-Ghazali menjelaskan di dalam kitab Ihya Ulum al-Din seperti yang berikut:
Pertama:
Apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu
kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya
daripada orang yang menzaliminya.
Kedua:
Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari
seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan
kebaikan.
Ketiga:
Ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama.
Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: “Ayah saya telah
menganiaya saya.”
Keempat:
Mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan.
Contohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda
mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu.
Kelima:
Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan
yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti
mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.
Keenam:
Apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.
Namun tidak harus melihat persoalan mengumpat dengan begitu mudah,
keharusan itu masih dalam batasannya. Apa yang diharuskan oleh ulama
adalah demi mengembalikan keadaan yang buruk kepada yang lebih baik,
menjadikan seseorang itu lebih sempurna sifat islamnya. Keharusan ini
tidak bermaksudsyarak mengizinkan seseorang itu untuk memburuk-burukkan
saudara seagamanya dengan sesuka hati.
Inilah perumpaan bagi mereka yang mengumpat. Na'uzubillahiminzalik!
No comments:
Post a Comment