Thursday, 12 May 2016

WAHAI ORANG YANG MENUNDAKAN TAUBATNYA...


Sesungguhnya pelaku dosa apabila dia telah lalai dari bertaubat atau lambat dalam mencapainya, maka jiwanya akan tersesat jalannya yg tiada ketenteraman didalamnya, terpeleset yg dia tiada akan mencapai yg dia harapkan sebelum dia dibukakan pintu taubat utknya, utk membersihkan jiwanya dari hal yang dimurkai, dan meringankannya dari beban2 dosanya.
Ketahuilah bahawa taubat bagi seseorang itu ibarat air bagi ikan, apa pendapatmu terhadap ikan apabila berpisah dengan air? Wahai Tuhan Kami… Wahai Tuhan kami… Waha Zat yg melihat kepakan sayap nyamuk di kegelapan malam yg senyap gelap gelita dan Dia melihat titisan keringatannya dilehernya, dan Dia melihat tulang-tulangnya yang kurus yang tersembunyi, Ya Allah kurniakanlah kami taubat agar Engkau hapuskan dosa2 yg kami lakukan dahulu.
Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesunnguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sungguh , Dia Yg Maha pengampun lagi Maha penyayang. (Surah Az-Zumar ayat 53)

No comments:

Post a Comment