Fitnah secara umumnya merujuk kepada tuduhan atau khabar angin yang diada-adakan bagi memburukkan seseorang atau sesuatu pihak,yang sekali gus memberi impaknegatif terhadap penghormatan,keiwbawaan atau reputasi seseorang.Ia melibatkan perkataan yang menyakitkan hati serta niat jahat berikutan rasa dengki dan iri hati.
Dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan
diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difitnah. Kini,
menyebar fitnah seolaholah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.
Jangan jadi seperti talam dua muka yang bersifat hipokrit,menghasut orang serta mengadu domba. Akibatnya, lambat laun sifat seperti ini akan memakan diri dan kita akan dibenci semua orang.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman,bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.Dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.”(Surah an-Nur(24)ayat 19)
FirmanNya lagi,yang bermaksud : “Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah,dan mendustakan kebenaran sebaik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya.Bukankah dalam nereka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang yang kafir?” (Surah az-Zumar (39)ayat 32)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fitnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan.
Sebagai seorang Muslim,kita perlu bertanggungjawab dengan segala percakapan,tindakan,tulisan dan apa jua yang disebarkan.Penilaian dan tindak tanduk perlu didasari dengan nilai-nilai kebenaran dan rasional,bukan penguasaan emosional semata-mata.

No comments:
Post a Comment