Monday, 23 May 2016

SUJUD SYUKUR


Tidak cukup sekadar ucapan 'Alhamdulillah'. Zahirkan kesyukuran yang terbaik dengan melakukan sujud syukur setiap hari. Ini kerana nikmat Allah SWT tidak terbilang banyaknya. InsyaAllah, Allah SWT akan tambah nikmat jika kita selalu bersyukur. Yakinlah dengan melakukan sujud syukur ini kita akan dapati dan rasai kepuasan kerana nikmat kurniaan Allah melimpah ruah dan segala urusan kita Allah permudahkan walaupun sebelumnya terasa amat berat kesulitan yang kita alami.
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar. Elok diamalkan setiap hari selepas selesai solat. Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya . Boleh dilakukan secara duduk iftirasy atau berdiri.
Rukun Sujud Syukur:
1. Niat ' Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala' dilintaskan semasa menyebut 'Allahu Akbar'.
2. Takbiratulihram ..' Allahu Akbar' sambil mengangkat tangan.
3. Sujud ..sekali sahaja. Bacaan dalam sujud: "SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR" 3 kali. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa ibunda (bukan lafaz).."YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU.."
4 Duduk selepas sujud duduk tawaruk (tahiyat akhir) dan beri salam.
Syarat-syaratnya:
a. Suci dari hadas besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat
Manfaat Sujud Syukur:
1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadis dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka”(Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah sehingga memperoleh bimbingan dan hidayah-Nya. Semulia hamba adalah ketika merendah martabat dengan bersujud kepada-Nya.
4. Orang yang melakukan sujud syukur akan terhindar dari sifat sombong atau angkuh.
5. Memperoleh kepuasan batin berkaitan dengan anugerah yang diterima dari Allah Swt.
6. Memperoleh tambahan nikmat dari Allah Swt. dan selamat dari siksa-Nya.
Daripada Saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmidzi r.a.

No comments:

Post a Comment