Jika lelaki ada yg mimpi menyusukn kan bayi
adakah ada kaitan dengan saka juga
JAWAPAN :
Waalaikummussalam WMT. Maaf atas keterlewatan lewat untuk memberi maklum balas.
Adapun mengikut adab Tafsirul Ahlam, mimpi yang boleh ditafsirkan mempunyai 3 kriteria utama.
Iaitu, kekerapan (melebihi 3 kali), waktu dan keadaan pemimpi sebelum dan sesudah bermimpi.
Namun, sang faqir menjawab persoalan di atas secara umum walaupun tidak sepenuh di dalam adabnya.
Adapun mimpi menyusukan bayi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;
1) Mimpi menyusukan bayi dalam keadaan berdukung
2) Mimpi menyusukan bayi dalam keadaan duduk
3) Mimpi menyusukan bayi dalam keadaan baring.
Keadaan pertama, iaitu berdukung, itu adalah ru'yah (petanda) bahawa
pemimpi ada memberi hajat atau niat kepada seseorang yang masih belum
tertunai dan perlu diselesaikan segera kerana orang tersebut amat
memerlukannya.
Keadaan kedua, menunjukkan pemimpi dalam keadaan tugas atau hal yang masih belum selesai dan perlu diselesaikan segera.
Keadaan ketiga, pemimpi telah memberi masalah kepada seseorang tanpa
disedari dan ianya telah membuatkan orang tersebut benar-benar dalam
kesusahan.
Adapun mimpi tentang bersaka atau tidak, tidak boleh
melihat kepada mimpi menyusukan sahaja, kerana untuk itu perlu ada
kesinambungan lain untuk dikaitkan dengan saka.
Sedikit tambahan,
jika pemimpi bermimpi memberi susu kepada seseorang, dan seseorang itu
amat dikenalinya, itu petanda ukhuwwah antara mereka amat rapat.
Jika bermimpi menerima susu dari seseorang, itu petanda akan beroleh keberkatan dari ukhuwwah yang terbina.
Perlu dan PENTING untuk diingat, mimpi menyusukan bayi bukan satu-satunya simptom berSAKA.
Semoga beroleh manfaat dari ALLAH.
WALLAHu ALam.
No comments:
Post a Comment