Sahabat-sahabat setuju atau tidak jika saya katakan bahawa bahagia itu akan dirasai apabila kita membahagiakan orang yang kita sayangi? Dengan membahagiakan orang lain, hati kita juga kan turut rasai kebahagiaan itu. Rasa bahagia itu sangat besar impaknya. Bahagia membawa makna gembira. Bahagia juga membawa makna suka. Jujur, kita akan suka dan gembira melihat mereka yang kita sayangi bahagia. Oleh itu, berusahalah untuk membahagiakan mereka. Kelak kita kan rasa puas dan gembira dengan diri kita sendiri. Mereka semua adalah pinjaman dari Allah kepada kita. Lakukan tanggungjawab kita sebaiknya ; sebagai anak, isteri, suami, ibu, ayah, sahabat dll. Lebih-lebih lagi kepada keluarga dan sanak saudara kita. Selagi mereka masih ada di sisi kita, maka hargailah dan bahagiakanlah..
"Man laa yrham laa yurham"..Artinya : Siapa tidak menyayangi tidak akan
disayangi. Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna
keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama
muslim) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”
Kita haruslah mengikut contoh terbaik kepada junjungan besar Nabi SAW yang sentiasa dalam keadaan rendah diri, berkasih sayang sesama umat dan Nabi SAW juga tidak pernah mementingkan diri sendiri. Rasulullah SAW juga akan senentiasa berikan yang terbaik walau kepada sesiapa pun, walaupun rasulullah SAW tidak punya apa2 sekalipun.
Pupuk kasih sayang SETIAP HARI, bukan SETIAP TAHUN. Dalam setiap perhubungan samada ibu dengan anak, anak dengan bapa, adik beradik, sesama rakan taulan, kekasih, bahkan suami isteri pun, pasti ada pasang surutnya. Bahagia itu sentiasa , namun ada ketika , ada masanya perhubungan ini dilanda pelbagai ujian bergelar masalah. Tidak kiralah apa jua sebab dan punca, ia tidak dapat dinafikan mampu menyebabkan hubungan itu sedikit goyah.
Meski pun cinta dan kasih sayang itu mudah untuk dilafazkan, namun ia tidaklah mudah untuk dilaksanakan. Luahan dan pelaksanaan kasih sayang sekeluarga mesti dilakukan untuk kepuasan setiap ahli keluarga. Oleh itu, ahli keluarga harus berusaha untuk menyatakan kasih sayang melalui luahan perkataan dan perbuatan.

No comments:
Post a Comment