Jika orang sudah tidak sudi, apa lagi nak ditunggu. Bawa haluan sendiri dari hati sakit. Baik berundur diri, cari orang yang ikhlas sayangnya pada kita, bukannya berpura-pura. Biarkan mereka menilai, kerana Allah yang lebih mengetahui apa yang ada dihati kita. Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Biar kita ikhlas menunjukkan kasih sayang yang ingin diberi walaupun
kita tahu balasan yang kita dapat tidak setimpal dengan apa yang kita
berikan. Sesungguhnya keikhlasan itu lebih penting daripada balasan yang
diterima. Kebencian hanya merugikan diri sendiri, tersenyumlah ketika
di sakiti. Hati tanpa benci membentuk jiwa yang tegar dan damai.
Sungguhpun kita berlainan hati tapi kita punya rasa yang sama, terguris,
terluka dan kecewa. Namun kita ini insan biasa dengan rela maaf
memaafkan tapi bukan melupakan, itu juga bukan dendam cuma satu panduan
agar lebih berhati-hati dimasa hadapan
Orang yang hebat sentiasa ceria walau hatinya terluka, orang yang hebat sentiasa menyapu air matanya dengan senyum ketawa, orang yang hebat selalu redha yang dugaan itu adalah tanda kasih sayang Allah. Setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah begadang ada tidur pulas, dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan terang benderang.

No comments:
Post a Comment