• Jarak paling jauh antara masalah dengan solusi hanyalah sejauh lutut dengan lantai. Orang yang berlutut pada Tuhan mampu berdiri untuk melakukan apapun.
  • Hidup bisa memberi kita 100 alasan buat menangis, tapi Tuhan memberi kita 1000 alasan untuk tersenyum.
  • Penyesalan sehari bila masak nasi menjadi bubur, penyesalan sebulan bila salah potong rambut, penyesalan setahun bila tidak lulus, penyesalan seumur hidup bila salah pilih pasangan hidup, penyesalan selamanya bila salah pilih IMAN.
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
  • Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya.
  • Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.
  • Kalau engkau ingin menjadi raja, pakailah sifat qanaah. Kalau engkau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerti yang baik. Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.
  • Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
  • Bertambah tinggi darjat iman, bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi. Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.
  • Jadikanlah ilmu sebagai panduan beragama, pengalaman sebagai hikmah beragama dan fikiran sebagai keindahan beragama.
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.
  • Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh.
  • Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.
  • Walaubagai alim pun seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.
  • Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara.
  • Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama berarti cahaya kehidupan.
  • Boleh jadi Allah mencegah anda memperoleh sesuatu adalah sebuah kurniaanNya dan tidak terlaksananya keinginan anda adalah sebuah bentuk kasih sayangNya, tertundanya pencapaian anda dari apa yang anda inginkan adalah inayah dari Allah, kerana Allah mengetahui diri anda lebih dari anda sendiri.
  • TARBIYAH bukanlah segala-galanya, tetapi segala-salanya dapat diraih dengan TARBIYAH.
  • Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf seandai kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
  • Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh. Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman.
  • Jauhi sifat amarah, kerana amarah itu merosakkan iman, sebagaimana jadam yang pahit merosakkan madu yang manis.
  • Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya. Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara'. Sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
  • Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, dia akan diberikan petunjuk sehingga dia mengenali hak dan batil. Ini akan menjadi sebab musabab kepada kejayaan serta pelepasan dirinya dari masalah di dunia, serta sebab musabab kepada kebahagiannya di akhirat. 
  • Bila dirimu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan  hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila dirimu rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisi mu. Bila dirimu telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, kecewa dan keliru, Allah ada jawapannya.
  • Orang-orang yang berilmu berada di dalam kebinasaan kecuali mereka yang beramal. Mereka yang beramal juga berada di dalam kebinasaan, kecuali golongan yang ikhlas. Golongan yang ikhlas ini pun masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya besar di sisi Allah.
  • Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Allah, kerana kekayaan dan kesenangan selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.
  • Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah beri untuk menguji apakah kita boleh bersyukur kepada Nya. Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat.
  • Sekiranya dirimu tiada sahabat, janganlah berduka kerana ALLAH itu sentiasa ada buat mu. Sekiranya dirimu tiada cinta, janganlah bersedih kerana ALLAH itu sentiasa memberikan cintaNya kepadamu. Sekiranya dirimu terluka, janganlah berkeluh kesah kerana dengan mengingati ALLAH, hatimu akan sentiasa menjadi tenang.
  • Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.
  • Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.
  • Orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya disepuh oleh kebaikan, akan menerima kecintaan dari Allah.
  • Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan zikrullah, matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa), sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia.
  • Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat lah bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.
  • Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.
  • Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.
  • Mengetahui dan mengenali keterbatasan diri adalah salah satu cara terbaik untuk syukur kepadaNya.
  • Hitunglah nikmat Allah yang dianugerahkan kepadamu sebagai ganti dari menghitung penderitaanmu.
  • Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama Aisyah (isteri Firaun), setia dari Khadijah (isteri Nabi Muhammad SAW yang pertama), jujur dari Aisyah (Isteri Nabi Muhammad SAW yang paling muda umurnya) dan teguh hati dari Fatimah (Puteri Nabi Muhammad SAW).


  • Sejauh mana engkau mahu Tuhan campur tangan dala hidupmu, maka sejauh itulah Dia akan campur tangan dalam hidupmu.
  • Berusahalah di dunia seakan-akan engakau akan hidup selam-lamanya, berusahalah untuk akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya.
  • Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
  • Daripada pengajaran itu menambahkan ilmu. Daripada zikir itu menambahkan kasih dan daripada tafakur itu menambahkan takut.
  • Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.