Anda seorang yang bodoh jika anda tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.
Termasuklah saya dan anda. Ada suka kalau dipanggil bodoh? Pasti tidak kan.
Ya, itu adalah norma kehidupan seorang manusia.
Tiada siapa yang mahu dianggap bodoh dan tidak cerdik. Semua orang ingin menunjukkan kepintaran dan memperoleh penghargaan dari manusia lain.
Namun dalam sedar tidak sedar, adakalanya walaupun kita merasa apa yang buat adalah betul, apa yang kita fikir adalah yang terbaik – tetapi kita dalam masa yang sama adalah bodoh.
Mengapa?
Dibawah ini adalah penerangannya.
#1 Anda seorang yang bodoh jika anda merasa diri anda mengetahui segalanya..
.. walaupun anda mempunyai kelulusan Ph.D. Orang bijak sentiasa bersifat tawadhu’ kerana mereka mengetahui lautan ilmu ini terlalu luas.Semakin diterokai semakin mereka merasa terlalu banyak yang mereka tidak tahu.
Seperti resminya padi semakin berisi semakin menunduk. Hanya orang bodoh sahaja merasa dirinya bijak dan mengetahui segalanya.
#2 Anda seorang yang bodoh jika anda cuba melaksanakan segala perbuatan dan pekerjaan anda tanpa sebarang kesilapan langsung.
Tidak semua perkara perlu mencapai 100% kesempurnaan. Malah sesetengah perkara mustahil untuk mencapai tahap sempurna.Banyak perkara yang ingin anda lakukan namun jika anda sibuk mengejar kesempurnaan banyak pulalah perkara yang anda tidak sempat lakukan.
Bak kata pepatah ‘Yang dikejar tak dapat, yang dijinjing berciciran’.
#3 Anda seorang yang bodoh jika anda enggan berubah sedangkan dunia berubah setiap saat.
Mengekalkan cara dan kaedah lama dan mengharapkan perubahan adalah satu kebodohan.Menurut Albert Einstein, “The defination of insane is to do the same thing over and over while expecting different results” .
Oleh itu berubahlah jika mahu melihat peubahan hasil kerja anda.
#4 Anda seorang yang bodoh jika anda tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.
Adalah satu kebodohan jika anda ditipu dengan penipuan yang sama bekali-kali.Inilah yang dikatakan bodoh yang sebenar-benarnya, bila anda sudah tahu apa yang benar dan menyaksikan kebenaran tetapi masih mempercayai kebohongan.
Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)
#5 Anda seorang yang bodoh jika anda berfikir secara spekulatif dan emosi.
Orang yang bijak berfikir secara sistematik, bermetodologi dan rasional. Orang jahil menggemari gossip dan cepat beremosi bila menerima berita atau maklumat yang sensasi.Sebaliknya orang yang bijak tidak menelan mentah-mentah berita atau maklumat yang diterima.
Ini bersesuaian dengan perintah Allah dalam Fimannya,
“Wahai orang-orang yang beriman, jika orang fasiq datang kepada kamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakan satu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali pebuatanmu itu.” (QS Al-Hujuraat 49:6)
#6 Anda seorang yang bodoh jika anda lebih berminat mencari dan mengumpul harta berbanding mencari ilmu.
Memiliki harta yang banyak akan menyebabkan anda sibuk untuk menjaganya sebaliknya ilmu jika dimiliki ia akan menjaga anda dan harta anda.Dari ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu akan menjagamu sedangkan kamulah yang akan menjaga harta. Ilmu itu hakim (yang memutuskan berbagai perkara) sedangkan harta adalah yang dihakimi. Telah mati para penyimpan harta dan tersisalah para pemilik ilmu, walaupun diri-diri mereka telah tiada akan tetapi pribadi-pribadi mereka tetap ada pada hati-hati manusia.” (Adabud Dunyaa wad Diin, karya Al-Imam Abul Hasan Al-Mawardiy, hal.48).Jika anda tidak dapat mengawal harta, anda akan jadi hambanya. Sesungguhnya ‘dunia adalah hamba yang baik, tetapi tuan yang jahat’.
#7 Anda seorang yang bodoh jika anda lebih mengutamakan akal berbanding petunjuk dari wahyu (Al-Quran dan Sunnah).
Kemapuan akal terbatas untuk menghuraikan tentang alam ini, tentang roh, tentang asal kejadian kehidupan, tentang alam ghaib, tentang hidup sesudah mati, dan banyak lagi perkara yang tidak mampu dipecahkan oleh akal.Akal sendiri besifat nisbi kerana apa yang betul hari ini mungkin jadi salah esoknya. Baik dan buruk kadang-kadang ditentukan oleh apa yang diamalkan oleh majoriti manusia.
Manusia memerlukan petunjuk lain bagi menampung kekurangan ini dan ianya tentulah petunjuk dari Allah SWT melalui wahyunya.
Jadi adalah satu kebodohan jika berpegang kepada sesuatu yang ragu dengan meninggalkan sesuatu yang pasti iaitu petunjuk wahyu.
No comments:
Post a Comment