Allah meletakkan kewajipan berbakti kepada ibu bapa selepas kewajipan menyembahNya. Allah begitu murka jika anak derhaka atau menyakiti ibu bapa. Balasan akan segera di dunia. Rasulullah saw bersabda: Ada dua perkara yang di balaskan segera di dunia iaitu kezaliman dan derhaka kepada ibu bapa (HR hakim ) . Terlebih lagi kezaliman kepada ibu bapa dan kemudian ibu bapa mengadu kepada Allah, maka doa tersebut akan bergerak menuju angkasa, menembus awan, mencapai langit dan di aminkan oleh para malaikat.
Tiga doa yang tidak tertolak: Doa ibu bapa, doa orang yang berpuasa dan
doa orang yang di zalimi (HR Baihaqi ). Jangan sombong dengan ibu bapa
sampai jatuh airmata mereka. Ingatlah!!.. sesungguhnya hukuman Allah
adalah dari perbuatan dari dosa manusia itu sendiri, balasan kamu di
dunia lagi !..
No comments:
Post a Comment