Sakitnya meneguk air 'dugaan' kala tekak masih ada bengkak 'kekecewaan'. Langsung tiada ubat perlindungan atau rawatan persiapan. Sakitnya Ya Allah.. Kita pergi bukan kerana marah atau tidak cinta. Tapi kita pergi kerna kita tau, dia sama sekali takkan memilih kita.
“Takpe,ini ujian biasa biasa.” “Takpe,sabar kejap je.” Tak tak. Ianya
tak semudah yang kita rasa. Menanggung suatu beban rasa yang kita
sendiri berat memikulnya. Allah..kita terduduk dibuatnya. Kesilapan kita
adalah kita salah letak orang orang dalam hidup. Yang seharusnya,kita
bina dinding tebal dengannya, kita letak hampir di sebelah. Kita salah
letak orang orang dalam hidup kita. .. Akhirnya,salah satu dari kita
perlu berundur. Agar kita tak teruskan kesilapan ini.
Lupakan. Lupakan apa yang kita pernah ada. Perasaan sayang,cinta dan ingin memiliki. Lupakan lupakan. Selayaknya semua itu untuk tuhan,bukan untuk yang berdosa ini. Perjalanan kita nyata jauh lagi. Ini simpang mati,dan kita masih mampu berundur cari titik mula dan teruskan berjalan seperti biasa. Kita tidak akan mencintai orang yang kita sukai, tapi kita akan mencintai orang yang telah ditakdirkan untuk kita oleh Allah, Dunia dan Akhirat.
Kata pujangga, Mencintai tidak semestinya memiliki. Kadang-kadang kita rasa sesuatu tu baik untuk kita, tapi kita tak semestinya betul. Serahkan semuanya pada Allah.
Dia Maha Menjaga :’)

No comments:
Post a Comment