1.
Orang yang bermuka dua atau lazim disebut berlidah dua ialah orang yang
berjalan mundar-mandir antara dua orang yang sedang bermusuhan. Kepada
yang seorang ia mengatakan ucapan-ucapan yang dicocokinya yang tentulah
berupa puji-pujian dan sanjungan-sanjungan dengan maksud untuk
melontarkan kata-kata permusuhan kepada lawannya, sedang yang dianggap
sebagai lawannya itu dicaci-makinya habis-habisan, dicelanya
sesangat-sangatnya. Kepada yang seorang itu dijanjikan bahawa ia akan
membantu untuk melenyapkan lawannya. Perbuatan semacam ini adalah
termasuk sifat kaum munafik, jadi merupakan pula tanda kemunafikan yang
nyata. Begitulah ia berbuat kepada yang satunya lagi.
2. Tetapi lain pula halnya apabila seseorang itu menghadapi masing-masing orang yang bermusuhan itu lalu mengucapkan kata-kata yang manis dan apa yang dikatakannya memang sebenarnya. Dalam keadaan yang semacam ini bukanlah termasuk bermuka dua, tidak pula termasuk golongan munafik, sebab seseorang itu kadang-kadang masih memerlukan hubungan dengan dua orang yang sedang bertengkar atau bermusuhan. Kepada masing-masing itu ia tetap bersikap baik dan jujur dalam segala hal.
3. Yang disebut berlidah dua ialah yang memindahkan kata yang seorang kepada lainnya, yang dari sini dibawa kesana dan yang dari sana dibawa kemari dengan maksud supaya permusuhan antara keduanya itu makin tegang dan menjadi-jadi. Kelakuan sedemikian ini benar-benar lebih buruk dari mengadu domba, sebab mengadu domba hanyalah membawa kata dari satu pihak, sedang yang ini dari pihak kedua belah pihak. Tujuannya hanyalah hendak berbuat baik kepada kedua orang yang bermusuhan itu untuk kepentingannya sendiri, sedang permusuhan antara keduanya tetap dikobar-kobarkan.
Terkecuali pula apabila seseorang itu harus menghadapi ujian, sehingga terpaksa menjaga perasaan salah satu pihak dalam ucapan-ucapan yang dikeluarkannya dan ia takut jikalau tidak berbuat sedemikian. Orang seperti ini dapatlah diterima keuzurannya, sebab menjaga suatu keburukan yang mungkin timbul itu dibolehkan dalam agama. bAbudDarda' berkata: ..."Adakalanya kita harus bermuka manis menghadapi sesuatu golongan, tetapi sebenarnya hati kita sangat melaknati mereka itu".
Pernah terjadi bahawa pada suatu ketika ada seorang lelaki meminta izin untuk menghadap Rasulullah s.a.w, lalu beliau s.a.w mengizinkan sambil mengucapkan bahawa orang itu sebenarnya adalah amat buruk dikalangan masyarakat. Anehnya setelah orang itu masuk di tempat beliau s.a.w, tiba-tiba beliau s.a.w bukannya menunjukkan kebenciannya, tetapi bahkan berlemah-lembut diwaktu bercakap-cakap dengan orang tadi. Setelah orang itu keluar, Aisyah r.'anha bertanya : ..."Bukankah tadi Tuan mengatakan bahwa ia orang buruk, tetapi Tuan bermanis-manis saja waktu berbicara dengannya".bRasulullah s.a.w lalu bersabda : ..."Hai 'Aisyah, sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah orang yang dimuliakan kerana ditakuti perbuatan buruknya". Riwayat Bukhari dan Muslim.
4. Namun demikian perlulah disedari bahawa yang dibolehkan itu hanyalah menemuinya dengan bermuka manis, bersikap ramah-tamah dan penuh senyuman. Jadi tidaklah bererti dibolehkannya memberikan kata-kata pujian atau membenarkan ucapan-ucapannya atau menggerak-gerakkan kepala sebagai tanda menyetujui pada pembicaraannya yang bathil. Hal-hal semacam ini termasuk pula dalam kemunafikan. Bahkan jikalau sampai terjadi yang semacam itu, maka wajiblah mengingkarinya dengan sanggahan-sanggahan seperlunya dan sekiranya tiada kuasa demikian, baiklah berdiam diri sahaja dan mengingkari dengan hatinya.

No comments:
Post a Comment