Wednesday, 24 February 2016

SETIAP PERKATAAN KITA AKAN DI HISAB, YANG BAIK AKAN DI BERI GANJARAN DAN YANG SIA-SIA AKAN DI AZAB


Bila baca status muslimah-muslimah yang jenis banyak cakap ni, kadang-kadang kita rasa ngeri. Lidah walaupun lembut tidak bertulang tetapi mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan kita. Peranan lidah dalam mencorakkan keperibadian kita amat jelas melalui tutur kata yang dilafazkan. Berpunca dari lidah, kita akan menuturkan kata-kata lucah, keji, marah, mencela, mengutuk, memfitnah ataupun mengumpat. Jangan di sangka perahu kertas tidak boleh belayar di sungai, begitulah jiwa.. Jangan di sangka dengan satu sindiran, tidak cukup untuk melukakan hati orang.
Kita juga sering diingatkan supaya hanya berkata-kata mengenai perkara yang membawa kebaikan dan berdiam jika mahu memperkatakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Hal ini ditegaskan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW berpesan,"Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik-baik dan kalau tidak, hendaklah dia diam."Wahai wanita, takutilah lidahmu sendiri! Adakah lidahmu membawamu ke syurga atau sebaliknya?
Menurut kajian wanita bercakap 20,000 patah perkataan sehari berbanding lelaki cuma 7000, itu percakapan belum di campur dengan perkataan yang di taip dalam message dan FB, dalam jumlah sebegitu rasanya perkataan yang sia-sia dah tentu lagi banyak daripada yang bermanfaat. Semoga Allah pelihara lidah kita. Setiap perkataan akan di hisab, yang baik di beri ganjaran yang sia-sia akan di azab.
ALLAH jadikan manusia dengan sebaik-baik ciptaan, dikurniakan lidah untuk bercakap yang baik-baik tetapi banyak disalah guna sehinggakan percakapan mengundang dosa. Oleh itu peliharalah lidah supaya tidak digunakan dengan bercakap perkara-perkara yang boleh menyebabkan kehinaan pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment