Tuesday, 16 February 2016

REDHA DENGAN TAKDIR...


BUKAN BERERTI MENGALAH DENGAN KEHIDUPAN
Kadangkala kita selalu menghabiskan masa dengan memikirkan seseorang yang langsung tidak pernah memikirkan kita walau sesaat. Kita mampu menipu seisi dunia, selama manapun, sekuat manapun kita nafikan. Yang terlahir di hati tak mampu kita hindari, sekuat manapun kita cuba bertahan pasti longlai jua, sekeras manapun kita melupakan pasti akan terkenang jua dalam meniti hari... Mana mungkin bayangan di sisihkan dalam masa satu hari. Mana mungkin kenangan di hapuskan dalam sekelip mata, kecuali Allah mengambil ingatan kita.
Kita masih tersenyum bahagia sedangkan rupa sebenar di hati hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Kita serahkan hati padaNya agar Dia membentukkan kembali hati kita. Kita menanggis semahu-mahunya untuk meringankan beban, tetapi kita tahu walau kita menanggis airmata darah sekalipun takdir Allah tetap tidak akan berubah. Kita percaya tuhan temukan kita dengan seseorang itu bersebab....
Jangan terlalu memikirkan masa lalu kita kerana kini hanya tinggal kenangan. Tataplah masa depan kita kerana di sanalah impian. Kuatkan diri kita!.Luka akan sembuh namun parutnya akan kekal. Redha dengan takdir bukan bererti mengalah dengan kehidupan. Berusaha perbaiki diri, pastikan kejayaan milik kita.

No comments:

Post a Comment