Monday, 15 February 2016

JAGALAH BIBIR KITA

· Merah munggilnya bibir bak delima, manis dilihat namun siapa duga racun berbisa. Kerana mulut badan binasa. Tanpa sedar lancar bibir menuturkan kata-kata. Tanpa sedar ada hati yang terguris. Tanpa sedar ada yang bertelingkah. Tanpa sedar tersenarai anak derhaka. Tanpa sedar menjadi pendusta. Tanpa sedar diri bergelumang dalam noda.
Bibir merupa antara nikmat pancaindera yang Allah kurniakan untuk kita. Sama ada kita perasan atau tidak, atau mungkin sengaja membuat tuli. Kita makhluk ciptaan Allah yang cukup sempurna. Bibir pelengkap wajah, memudahkan kita melontarkan kata-kata, tertawa tersenyum riang. Syukurilah nikmat ini dengan memanfaatkan kedua bibirmu. Gunakanlah untuk beribadah kepada Allah.
Janganlah mengerakkannya kecuali untuk membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah dan berkata-kata baik dan bermanfaat. Bukanlah menggunakannya untuk perkara yang sia-sia. Kekanglah kedua bibir itu dari berkata-kata kotor, berkata-kata nista. Silap bertutur, bahanalah diri....mungkin tidak menduga, hanya bibir boleh menyebabkan diri terjerumus dalam neraka jahanam. Mungkin ia perkara yang remeh temeh. Namun andai ia sekecil zarah jika dikumpul akan membukit jua.... Jagalah bibirmu.
"Aku sentiasa bersama hamba-Ku apabila dia mengingati-Ku dan menggerakkan kedua bibirnya untuk berzikir kepada-Ku" ~(HR Ibnu Majah). Ingatlah Allah, sekali kita ingat Allah berganda-ganda Dia mengingati kita. Muhasabah diri ini jua, tak sedar diri dalam keadaan yang lalai.

No comments:

Post a Comment