Ya Allah, munkin kerana kurangnya menadah ilmu Mu atau mungkin kurangnya ibdahku kepadaMu, sedarkanlah aku ya Allah, kuatkan aku ya Allah..
Jika ini ujian dari Mu ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk merasai ibrahnya, jika ini ujianMu ya Allah berikanlah aku merasai kesalan kerasa dosa yang pernah aku lakukan ya Allah..
Tunjukkan ya Allah. HambaMu ini amatlah tidak berdaya, tidak amapu berbuat apa2 hanyalah perngabdian penuh kepadaMu...
Memerlukan masa untuk bersamaMu, memerlukan masa untuk menyedari apa yang telah aku lakukn, memelukan masa utk mengetahui apa yang tersingkap di sebalik ujian ini. Aku mengatakan aku tidak kuat, tp Allah mengatakan aku kuat kerana telah memberi ujian ini.
Ingin aku sedar ya Allah. Ingin aku tatap setiap kesalahan ku ya Allah, ampuni dosaku ya Allah. Aku masih mahu merasai nikmat Mu ya Allah, kerana indahnya syurgaMu ya Allah.
Berikanlah hambaMu ini peluang ya Allah, aku mohon sebagai seorang hamba. Tanpa kesedaran tak akan aku mohon kepadaMu ya Allah. bersyukur kerana masih disedarkan. Sentakanlah iman ku ya Allah agar ianya lebih kuat, sekuat yang engkau mahukan ya Allah. Aku malu padaMu ya Allah.
Aku masih tidak berdaya, aku sedang mengadu kepadaMu. Dayakanlah aku ya Allah dengan segala limpahan rahmatMu. Kuatkan hati ku, kuatkan jiwaku, kerna aku masih mengharapkan kepadaMu, agar aku masih berada di jalanMu..
Tetapkan imanku ya Allah..
Tunjukkanlah aku jalan yang kuat untuk menuju redhaMu,hanya padaMu tiada yang lain..
Jika menitisnya air mata ini dapat merubah perasaanku yang lemah ini, redhakanlah. Hidupkan sangkaan yang baik dalam diriku. Hidupkanlah kemuliaan redhaMu dalam diriku yaAllah.
Sedarkan akau dengan sebenar-benar sedar. Sedarkan apa yang aku lakukan dengan sedarkan aku dengan keampunanMu ya Allah.
Ampunkanlah aku jika sebelum ini aku merajuk selain padaMu ya Allah. Aku bersyukur kerana diberi ujian oleh Mu. Moga hatiku tersentak dari terus melakukan dosa kepadaMu.
Astagfirullahhalazim.
~aku bukanlah penulis asal coretan ini, tapi aku merasainya setiap bait2 ini..sungguh keperitan ini hanya DIA shj yg tahu.
~sungguh, diri ini lemah menghadapi ujianMu
~kuatkan hati hambaMu ini ya Allah..
No comments:
Post a Comment