HORMAT: Maksudnya mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim.
Kita selalu dengar perkataan hormat ni….Selalu kita mengingatkan diri, anak, atau yang lebih muda dari kita supaya menghormati sesama insan samada ia lebih tua, berjawatan, berpangkat, sebaya atau lebih muda…. Dan jangan lupa kita juga perlu menghormati dan menghargai diri sendiri…..
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah (hormatilah) tetamunya.”(Hadis Riwayat Ash-Syaikhani )
Janganlah kita memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri.
Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak
Kita hendaklah memastikan sentiasa menghormati hak orang lain juga dalam apa jua bidang yang diceburi, mungkin pada awal akan susah untuk kita berubah, tetapi cubalah, kerana jika kita ingin orang lain untuk menghormati kita, kita perlu melakukannya terlebih dahulu…
Untuk diriku, Ku selalu mengingatkan diri sendiri supaya menghormati Tuhan yang Maha Esa ,dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya …..,menghormati Nabi Ku dengan bersalawat kepadanya dan mengamalkan sunahnya…..,menghormati suami terutamanya…. Kerana syurga Ku adalah dengan redha suami….,menghormati kedua ibu bapa Ku, kerana tanpa mereka tiada Ku lahir di dunia ini…., menghormati orang-orang tua, kerana satu hari Ku juga akan tua….,menghormati anak-anak, kerana anak-anak akan menjadikan Ku cermn diri mereka…..,menghormat majikan, kerana majikan adalah ketua dan rakan sejawat sepanjang Ku berkhidmat…..menghormati rakan sekerja Ku, kerana bersama merekalah ku perlu keselesaan untuk sama-sama mencari rezeki dan menghormati sesama insan kerana tanpa menghormati mereka belum tentu orang lain akan menghormati Ku.....
Kehidupan ini adalah sesuatu yang istimewa, jika kita terlalu mementingkan diri sendiri, pasti akan ada kekurangan dalam kehidupan sehari-hari…
Panggillah mereka yang lebih tua dengan panggilan “ kak, abang, cik, pakcik, wak,tuan, puan “ atau apa sahaja kerana gelaran panggilan kita terhadap seseorang adalah imej kita dan tanda kita menghormati seseorang …. Apabila kita menghormati seseorang dengan panggilan yang baik, InsyaAllah kita juga akan dihormati nanti…
Jangan kerana kita memanggil seseorang yang lebih tua dengan panggilan yang tidak sesuai, satu hari anak saudara, sepupu atau siapa sahaja yang lebih muda dari kita akan memanggil kita nama sahaja…Cubalah kita bayangkan....
Lalu yang muda hormatlah yang tua kerana kita juga akan tua nanti…. Yang tua hormatlah yang muda kerana yang tua belum tentu kita sempurna….Yang kaya hormatlah yang miskin kerana pasti ada orang yang lebih kaya dari kita….yang miskin hormatlah yang kaya kerana yang miskin itu belum tentu hina…., yang cantik hormatlah yang yang hodoh kerana tentu ada yang lebih cantik dari kita…. Yang hodoh hormatlah yang cantik, kerana yang hodoh biarlah mulia akhlaknya…..
Oleh itu, amalkan budaya hormat-menghormati supaya hidup kita lebih ceria, gembira, seronok, mudah mempelajari ilmu, tidak ada musuh dan yang paling penting hidup kita dirahmati Allah. Sebenarnya apa yang Ku tulis ini hanya sekadar untuk mengingatkan diri sendiri....kerana kadangkala Ku menulis ni adalah apa yang ku lihat, apa yang ku dengar dan apa yang ku alami....
InsyaAllah kita cerita lagi nanti....
No comments:
Post a Comment