Wednesday, 24 February 2016

BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH...

“Kadang-kadang atas sebab apanya ujian itu datang? Kerana kita telah derhaka pada Allah? Kerana kita telah lupa pada Allah? Kerana kita kurang beribadat pada Allah?
Jangan bernegatif. Pessimist. Bersangka baik dahulu dengan Allah.
Sebenarnya Allah Melihat. HambaNya itu betul-betul dikasihiNya. Mahu dimasukkanNya ke dalam syurga mengikut tahapan tertinggi. Namun si hamba masih belum cukup kelayakannya untuk melangkah masuk, apatah lagi untuk menjadi penghuni syurga di atas itu. Lalu terus ditimpakan lagi ujian padanya bertubi-tubi. Selepas satu ujian datang lagi ujian yang lain. Berterusan sehingga lelah. Supaya-nya,
terus meningkat nilai taqwa dan iman di hati.
Sehingga betul-betul layak untuk menduduki syurga tertinggi itu.”
-Ustaz Hasan Din

No comments:

Post a Comment